Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dewi anjur fiesta tingkat kesedaran kesejahteraan mental peniaga wanita

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



DALAM tempoh dua tahun lalu, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah melihat peningkatan syarikat kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan dari rumah (HBB) yang diasaskan wanita dalam masyarakat merentasi industri yang berbeza.



Namun, dengan peranan berbeza yang dimainkan wanita-wanita ini melebihi hanya usahawan, kesejahteraan mental mereka mesti turut diberi perhatian.



Oleh yang demikian, sayap wanita DPPMS, Dewi@DPPMS akan menganjurkan Dewi Fiesta 2022 untuk meraikan usaha usahawan wanita sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan mental mereka.



Diadakan pada 26 dan 27 Mac 2022, fiesta tersebut bertemakan "Untuk Wanita, Oleh Wanita" dan bertujuan meraikan pencapaian usahawan wanita sepanjang pandemik Covid-19.



Fiesta tersebut akan diadakan di Curbside Crafters di Kampong Glam dan bakal mengetengahkan reruai yang menjual pelbagai benda, jualan live-stream, ceramah dan macam-macam lagi.



Untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, DPPMS berkata, barisan penceramah yang mantap akan berkongsi pandangan tentang kesihatan mental di tempat kerja, dan cara usahawan, serta wanita secara keseluruhan boleh memastikan kesejahteraan mental mereka dijaga, dalam menghadapi pelbagai tuntutan kehidupan.



Para peserta juga berpeluang mendengar kisah-kisah usahawan dari rumah yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.



Para usahawan wanita ini akan berkongsi perjalanan perniagaan mereka dan bertukar pendapat tentang bagaimana mereka menjaga kesejahteraan mental mereka.



Sesi-sesi perkongsian sedemikian akan distrim secara langsung di wadah DPPMS dan Dewi@DPPMS.



Pengurus Projek Dewi Fiesta 2022 yang juga usahawan HBB Queensbake, Cik Siti Norafidah Mohd Mislan berkata:



"Tidak dinafikan usahawan wanita berdepan dengan pelbagai cabaran semasa pandemik, menguruskan perniagaan, keluarga dan kesejahteraan mental.



"Oleh itu, program dan aktiviti yang diadakan semasa Dewi Fiesta 2022 mengetengahkan kepentingan kesihatan mental, memberikan peserta peluang membetulkan semula (reset) daya mental yang mereka perlukan untuk memastikan kesejahteraan mental mereka terkawal."



Diadakan buat kali kedua, Dewi Fiesta akan berlangsung dari 26 hingga 27 Mac 2022, dari 12 tengah hari hingga 9 malam di Curside Crafters (730 North Bridge Road).



Peniaga perniagaan yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/DEWIFiesta2022 untuk menyertai.



Pendaftaran bermula pada harga $250 dan ditutup pada 26 Februari 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >