Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Di Tanjong Katong...

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



SESAK. Begitulah keadaannya di pusat membeli-belah Tanjong Katong Complex (TKC).



Memang ini satu perkara lazim semasa Ramadan ketika ramai yang belanja persiapan Hari Raya.



Nama-nama seperti Golden Chance, First Lady, Fotohi Carpet Gallery atau Orange Travel sudah tidak asing lagi dan sinonim dengan TKC.



Sebuah lagi toko yang dikunjungi ramai adalah Kurta Boys, asalnya dulu diduduki oleh Second Chance.



Bezanya tahun ini adalah belanja raya terakhir sebelum TKC dibangunkan semula.



Mulai Jun 2023, TKC akan ditutup selama tiga tahun bagi menjalankan kerja-kerja naik taraf besar-besaran.



Para pekedai sudah merancang mencari tempat baru untuk berpindah



Bagi beberapa pemilik kedai yang telah menjalankan perniagaan di sana selama beberapa dekad seperti Fotohi Carpet Gallery selama 23 tahun cuba mengurangkan sebanyak mungkin bekalan stok permaidani dengan menawarkan potongan harga.



Golden Chance pula dikatakan merancang berpindah ke City Plaza setelah tempoh pajakan berakhir.



Seramai 106 pemilik kedai di TKC akan berpindah keluar daripada pusat beli-belah ikonik yang telah dibangunkan pada 1982 itu.



Bagi pemilik kedai pakaian Bamadhaj Brothers - yang berada di TKC sejak 12 tahun lalu - pula berkata belum pasti sama ada beliau akan kembali ke pusat beli-belah itu pada 2026 nanti.



Namun, bagi para pengunjung mereka masih merasakan rindu terhadap kenangan yang dikongsi bersama pelanggan di bangunan ikonik di Geylang Serai.



"Saya datang ke TKC mencari diskaun kerana tau mereka kan berpindah,'' ujar Encik Abdul Wahab Razif, yang datang mencari baju Melayu di TKC.



Sentimen serupa juga dikongsi oleh beberapa pelanggan yang kerap mengunjungi TKC terutama di bulan Ramadan.



"Kita ada bazar tetapi TKC ada keunikannya sendiri sama seperti Joo Chiat Complex,'' kata Cik Aminah Abu.



Ramai juga pelanggan yang bakal merindui Encik Abdul Wahab Abdullah yang sudah lebih 18 tahun menjahit dan menjual songkok di kedainya di TKC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >