Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog buka ruang warga S’pura faham konflik Israel-Palestin; bincang isu perpaduan sosial, tangani maklumat salah

Nov 25, 2023 | 03:36 PM



Isu kerumitan konflik Israel-Palestin mendapat tumpuan dalam dialog tertutup melibatkan 40 peserta dari golongan belia hingga karyawan, dengan fokus dijuruskan pada usaha memahami konflik tersebut dari kaca mata warga Singapura.

Sesi itu bukan sahaja menyediakan platform untuk mengemukakan pelbagai perspektif, malah menyentuh persoalan penting tentang perpaduan sosial dan menangani maklumat salah.

Dialog itu adalah sebahagian siri Sembang Chai anjuran Persatuan Karyawan India Muslim (Singapura) atau IM.PROF. Ia diadakan di Pusat Warisan India Muslim Nagore Dargah di Telok Ayer Street pada Khamis malam dan turut disertai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.


Sesi itu dibuka oleh Dr Faishal yang memberikan pandangan tentang konteks dan kerumitan isu itu, pendirian pemerintah terhadap konflik Israel-Palestin serta usaha bantuan kemanusiaan. Menyusuli pandangan beliau, peserta dijemput untuk berkongsi pandangan mereka secara terbuka.

Dalam satu kiriman Facebook pada Jumaat, Dr Faishal berkata:

“Ia adalah sesi dialog yang intim dan santai. Para peserta bertanya soalan yang baik, dan saya gembira kerana mereka berterus terang dengan pandangan mereka. Cukup menyejukkan hati saya mendengar banyak soalan yang bertanyakan bagaimana kita dapat mengukuhkan perpaduan sosial dan melindungi belia kita daripada pelbagai maklumat salah yang tersebar di luar sana. Ini adalah soalan yang sangat penting dan sesuatu yang kita harus selalu berikan perhatian.”

Menurutnya lagi, dialog sebegini sangat penting buat Singapura dan warga Singapura sebab ia membolehkan kita lebih memahami pelbagai pandangan berbeza daripada masyarakat berbeza dan dengan melakukan demikian kita dapat memperkukuh fabrik berbilang kaum dan berbilang agama di sini.

Merumuskan dialog tersebut kepada Berita Harian/Minggu (BH/BM), Presiden IM.PROF, Encik Raja Mohamad Maiden, berkata:


“IM.PROF berharap dapat memainkan peranan yang bermakna dalam masyarakat. Kami berasa topik ini penting untuk memberi peluang kepada orang ramai berkongsi kebimbangan mereka, sekali gus memahami usaha dan tindakan Singapura setakat ini.”

Naib Presiden IM.PROF, Encik Ahmed Basir, juga menitikberatkan pentingnya bagi meningkat kesedaran tentang isu penyebaran maklumat salah di media sosial dan menggalak peserta agar membina pendapat mereka dengan teliti berdasarkan maklumat yang telah disahkan dan terbukti sahih.

“Saya berharap agar peserta mendapat gambaran yang lebih mendalam tentang isu ini serta berkongsi pengetahuan yang diperolehi dengan orang di sekeliling mereka.

“Kami ingin memperluaskan lagi perbincangan dengan mengundang lebih ramai peserta ke acara akan datang, khususnya melibatkan ibu bapa muda yang mungkin perlu bantuan dalam mendidik anak-anak mereka tentang isu ini,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >