Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog pasca-Belanjawan: Kesihatan mental, sokongan bagi keluarga pendapatan rendah antara isu dibincang

Mar 18, 2022 | 07:35 AM



KESIHATAN mental, sokongan bagi keluarga berpendapatan rendah serta kemajuan para pelajar di sini menjadi antara isu yang dibangkitkan dan dibincangkan dalam satu sesi dialog pasca Belanjawan 2022 bersama belia masyarakat Melayu/Islam kelmarin.



Isu-isu itu mencerminkan keadaan yang dialami dan apa yang sedang difikirkan para belia di sini, kata Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Sesi dialog anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA) itu adalah yang pertama daripada empat dialog pasca Belanjawan yang dijadual sehingga minggu depan.



Sekitar 40 belia daripada Pertubuhan Akar Umbi (GRO), institusi pendidikan tinggi dan badan Melayu/Islam mengambil bahagian dalam dialog yang diadakan di Auditorium Ibu Pejabat PA di King's George Avenue malam kelmarin.



Isu kesihatan mental menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam sesi selama sekitar dua jam itu.



Para peserta menyuarakan pendapat untuk melihat lebih banyak sokongan bagi individu yang mengalami masalah kesihatan mental, termasuk mengadakan "klinik Perubatan Umum (GP) bagi kesihatan mental" supaya rawatan dapat diakses dengan mudah dan lebih cepat pada masa akan datang.



Seorang peserta juga mengajukan soalan mengenai bagaimana ibu bapa yang menua dapat didekati untuk memahami isu kesihatan mental.



Cik Rahayu, yang juga penasihat kepada Jawatankuasa Kecil Belia PA Mesra, berkata isu kesihatan mental menjadi keprihatinan ramai belia kerana pandemik Covid-19 telah menjejas cara mereka belajar dan berinteraksi bersama rakan sebaya.



Mereka juga disekat peluang belajar ke luar negara serta melakukan program latihan sambil belajar.



"Saya rasa gembira kerana mereka bersikap terbuka membincangkan tentang perkara ini dan memberikan banyak saranan serta perspektif mereka," kongsinya.



"(Perbincangan) ini dapat membantu kita untuk melihat bagaimana kita dapat mempertingkatkan usaha...dan memastikan sokongan yang sedia ada dapat dicurahkan dan disampaikan kepada para belia supaya mereka tahu mereka tidak bersendirian."



Selain itu, Cik Rahayu juga menekankan bahawa belia dapat memainkan peranan penting membantu memperkasakan keluarga susah dalam masyarakat.



Beliau berkata para belia secara sukarela dapat memegang peranan mentor kepada anak-anak dari keluarga susah, yang pada jangka panjang dapat membantu mengubah kehidupan keluarga mereka.



Inisiatif relawan di bawah rangkaian MKuasaTiga (M³) adalah antara tapak permulaan yang baik untuk belia mendekati golongan ini, tambahnya.



Peserta yang hadir kelmarin turut terdiri daripada pelajar dan lulusan Institusi Pendidikan Teknikal (ITE) dan madrasah.



Stigma mengenai pelajar ITE, dan laluan pekerjaan bagi pelajar madrasah adalah antara keprihatinan lain yang disuarakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >