Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diberhenti: Pekerja Shopee diberi pampasan wajar

Jun 16, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT e-dagang Shopee telah memberi jaminan kepada kesatuan bahawa kakitangan yang terjejas dengan langkah pemberhentian kerja yang dilaporkan kelmarin akan diberi pakej pampasan sewajarnya yang sejajar dengan norma pasaran.



Kesatuan Media Kreatif dan Penerbitan (CMPU) dalam kenyataannya semalam berkata mereka kini sedang berhubung dengan Shopee menyusuli berita terkini itu.



Kelmarin, The Straits Times (ST) melaporkan Shopee akan memberhentikan beberapa pekerja dalam pasukan ShopeeFood dan ShopeePay di rantau ini.



Ia juga akan melepaskan sebahagian pasukannya di Mexico, Argentina dan Chile, dan juga pasukan rentas sempadan yang menyokong pasaran di Sepanyol, menurut satu memo dalaman yang dilihat ST.



CMPU, kesatuan gabung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), berkata:



"Syarikat itu telah memberi jaminan kepada CMPU bahawa kakitangan yang terjejas akan diberi pakej pampasan sewajarnya yang sejajar dengan norma pasaran.



"Kemudahan dan bantuan pekerjaan, termasuk bimbingan kerjaya dan khidmat pemadanan kerja melalui rangkaian NTUC dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC akan ditawarkan, jika perlu."



Kesatuan itu menambah bahawa mereka juga akan terus bekerja rapat dengan Shopee demi memastikan kepentingan dan kebajikan kakitangan dijaga dengan sebaik mungkin.



Dalam memo yang dihantar lewat kelmarin, ketua eksekutif Shopee, Encik Chris Feng, berkata ia sedang "membuat beberapa penyesuaian untuk memanfaatkan sebaiknya operasi kami dalam sesetengah segmen dan pasaran".



"Disebabkan ketidakpastian yang meningkat dalam ekonomi yang lebih luas, kami percaya bahawa adalah bijak untuk membuat beberapa penyesuaian yang sukar tetapi penting untuk mempertingkat kecekapan operasi dan tumpuan sumber kami," tambah beliau.



Kakitangan dimaklumkan tentang pemberhentian kerja itu, dalam antara perubahan lain, dalam satu acara pertemuan kakitangan antarabangsa kelmarin, dengan mereka yang diberhentikan kerja diberitahu melalui e-mel.



Syarikat itu juga akan mengakhiri operasi perintis tahap awal mereka di Sepanyol.



Ini menyusuli keputusan Shopee untuk keluar dari pasaran Perancis pada Mac lalu, mengakhiri operasi perintis tahap awal yang serupa di situ.



Ia juga meninggalkan pasaran India pada bulan yang sama.



"Perniagaan kami akan terus beroperasi seperti biasa di Shopee Mexico, Argentina, Chile, dan juga bagi ShopeeFood dan ShopeePay di Asia Tenggara.



"Kami komited memberikan tahap sokongan yang sama kepada pengguna, rakan dan pedagang kami dalam semua pasaran ini," kata Encik Feng.



Memo itu tidak menyatakan negara Asia Tenggara mana yang akan terjejas dengan pemberhentian kerja itu.



Shopee mempunyai operasi di Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Filipina, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Singapura.



Encik Feng menambah bahawa syarikat itu akan melakukan "yang terbaik yang kami mampu" untuk menyokong pekerja terjejas kerana langkah itu akan memberi kesan besar terhadap pekerja dan keluarga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >