Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SISTEM MERITOKRASI S’PURA

Dibuang sekolah tidak hambat jaya tubuh syarikat sendiri

Di Parlimen bulan lalu, beberapa Anggota Parlimen telah menyuarakan cadangan berkaitan memastikan peluang yang sama rata dan meluaskan sistem meritokrasi Singapura semasa perbahasan ucapan Presiden Halimah Yacob. Ini setelah pemerintah mahu meluaskan definisi meritokrasi dalam usaha Singapura mengatasi kecenderungan masyarakat menjadi lebih berstrata dan kurang mobiliti sosial. BERITA HARIAN mendapatkan pandangan pakar dan ketengahkan beberapa individu yang melakar kejayaan masing-masing tanpa mengikut 'acuan' kejayaan tradisional.
May 06, 2023 | 05:30 AM



KETIKA di tahun ketiga di Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Fadzuli Wahab dibuang sekolah kerana gred purata mata yang diraihnya secara konsisten berada bawah 2.0.



Mengikuti jurusan sains perkomputeran, Encik Fadzuli berkata bukan sahaja beliau mendapati apa yang dipelajarinya sukar, tumpuannya pada sekolah juga tidak 100 peratus ketika itu.



"Lagi pula, saya jenis yang hands-on (suka lakukan kerja amali). Jadi, laluan akademik bukan untuk saya," katanya.



Meskipun tercicir daripada universiti tanpa menggenggam sebarang ijazah, ia tidak menghambat Encik Fadzuli, kini 41 tahun, untuk meraih kejayaan dalam ruang teknologi.



Hari ini, bapa dua anak itu merupakan pengasas bersama ISGN Ventures Pte Ltd, sebuah syarikat khidmat digital yang ditubuhkan pada 2007 - kurang setahun setelah beliau dibuang sekolah.



Berkongsi kisahnya menuju kejayaan, Encik Fadzuli yang mempunyai Diploma dalam Multimedia dan Teknologi Komunikasi Maklumat daripada Politeknik Nanyang berkata beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam kejuruteraan, multimedia dan pengekodan.



Beliau juga mempunyai ura-ura membangunkan perniagaan sendiri ketika itu dan telah membaca banyak buku yang mengajar cara memulakan perniagaan sendiri.



Namun, selama enam, tujuh tahun pertama syarikatnya itu ditubuhkan, banyak cabaran yang dihadapi.



"Bila saya keluar daripada NUS, ibu bapa saya sememangnya kecewa, itu perkara biasa, sebab selama itu, saya rasa kehidupan saya agak mudah, di politeknik pun saya merupakan pelajar yang baik yang mencapai keputusan yang baik.



"Bila kami mulakan perniagaan kami, selama beberapa tahun, kami bergelut dengan cabaran.



"Hari ini mungkin orang lihat kami menjana pendapatan yang agak besar, tapi orang tak tahu, dulu kami memiliki kurang daripada $10 dalam dompet setiap hari," cerita Encik Fadzuli, yang membangunkan ISGN Ventures bersama Encik Fazli Mansor.



Syarikat mereka kini menggajikan 15 pekerja.



Daripada segala cabaran yang dihadapi dalam membina perniagaan tersebut, Encik Fadzuli berkata beliau belajar kesabaran.



"Sesuatu benda itu tidak akan tumbuh dan berjaya dalam satu malam sahaja.



"Orang selalu terkejar-kejar wang yang mereka rasa boleh diraih semalaman.



"Peluang yang betul akan datang kepada anda apabila anda sudah bersedia menerimanya," ujar beliau.



Bahkan, pandemik Covid-19 merupakan peluang keemasan bagi perniagaan mereka kerana waktu itulah terdapat banyak keperluan melakukan strim secara langsung atau livestream.



Masjid-masjid, malah, kementerian juga telah dapatkan khidmat syarikat mereka semasa pandemik itu, kata beliau.



"Kami beruntung berada di tempat yang betul pada masa yang betul," tambahnya.



Ditanya sama ada beliau menganggap dirinya berjaya, Encik Fadzuli berkata:



"Masih berjuang untuk mencapainya (kejayaan). Cukup jelas bahawa kejayaan itu subjektif.



"Dari segi perniagaan, saya fikir kami sudah mempunyai capaian yang agak besar kepada orang ramai, tapi tentunya, kami ingin mendekati lebih ramai lagi.



"Dari segi kehidupan peribadi pula, saya rasa bila saya ada keseimbangan antara kerja dan keluarga - itu adalah baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >