DARI MAHKAMAH
Didakwa cederakan lelaki yang kemudian meninggal dunia
Jul 12, 2017 | 05:30 AM
SEORANG warga Bangladesh berusia 34 tahun didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan me- nyebabkan kecederaan parah pada seorang lelaki, yang kemudian meninggal dunia akibat kecederaan itu.
Rana Sohel dituduh mencederakan Encik Lim Leong Tat, 42 tahun, di kaki lima di Geylang Road berdekatan Lorong 24A Geylang antara 7 pagi dan 7.43 pagi kelmarin.