SEORANG teknisyen farmaseutikal, yang mencabul seorang pelajar berusia 16 tahun dalam sebuah lif HDB, didenda $3,000 pada Selasa (31 Jan).
Chew Teck Chiang, 51 tahun, mengaku menyentuh dan mencubit punggung mangsa pada kira-kira 6.10 pagi pada 5 Mei 2016.
Mahkamah diberitahu bahawa gadis itu, yang memakai uniform sekolahnya, memasuki lif semasa Chew berada di dalam.
Chew bertanya apakah dia hendak ke sekolah, dan dia menjawab "ya".
Sedang lif bergerak turun, Chew menggunakan tangan kirinya untuk menyentuh punggung kanan pelajar itu dan mencubitnya sekali. Mangsa takut dan tidak berani menoleh.
Apabila lif tiba di tingkat bawah, dia segera keluar dan menaiki bas sekolahnya, yang menunggu di kaki blok.
Pelajar itu kemudian memberitahu seorang guru sekolahnya mengenai kejadian tersebut dan dia kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.