SUSULAN KENYATAAN MENTERI MENGENAI UCAPAN KEBENCIAN
Didik harmoni kaum dari usia muda; timbangkan dialog lebih 'mendalam'
Asatizah sependapat tindakan undang-undang tegas perlu demi menjaga kehidupan masyarakat majmuk di sini
Apr 04, 2019 | 05:30 AM
USAHA memupuk keharmonian kaum dan agama di Singapura harus diteruskan, dengan pendidikan awam perlu dimulakan pada usia semuda boleh, kata para asatizah.
Ini termasuk menganjurkan dialog yang menyentuh isu lebih mendalam bagi memahami apa yang boleh menjejas atau menyinggung masyarakat yang berbeza-beza kepercayaan.