Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihargai kerana bantu polis banteras jenayah

Apr 16, 2019 | 05:30 AM



BELIAU sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis bekerja apabila Encik Muhammad Afiq Roslee dikejutkan dengan suara seseorang menjerit meminta tolong.



Tidak lama kemudian, beliau ternampak seorang pegawai keselamatan sedang mengejar seorang lelaki.



Tanpa berfikir panjang, Encik Afiq, 24 tahun, membantu mengejar lelaki tersebut.



"Saya kurang pasti mengapa lelaki itu dikejar tetapi saya ambil keputusan bantu pegawai keselamatan itu kerana syak sesuatu telah berlaku.



"Saya tidak berfikir dua kali, saya terus bantu mengejar dan berjaya menangkap dan menahan lelaki tersebut," katanya.



Encik Afiq kemudian menyedari bahawa lelaki itu telah mencuri sesuatu dari pasaraya di Tampines Mart.



"Selepas kerja, seperti biasa saya mesti jalan di kawasan itu. Tidak pernah sesuatu seperti ini berlaku," katanya, yang menambah kejadian itu berlaku sekitar 9 malam.



Sedang Encik Afiq membantu mengejar dan menahan seseorang yang disyaki mencuri, Encik Muhammad Zakaria Rosli, 27 tahun, pula membantu pegawai polis menahan seorang suspek pesalah dadah yang cuba melarikan diri.



Menceritakan kejadian itu kepada Berita Harian (BH), Encik Zakaria berkata beliau sedang menunggu rakannya di perkarangan Kelab Masyarakat Bedok untuk pergi melakukan kegiatan prawning apabila dia mendengar jeritan seolah-olah ada orang yang bergaduh.



"Saya dengar ada orang sedang menjerit. Dengar macam ada satu pertengkaran yang sedang berlaku," kata Encik Zakaria.



"Saya pun pergi lihat apa yang sedang berlaku.



"Apabila saya tiba di tempat kejadian, dua pegawai polis minta saya bantu menahan seorang lelaki sementara mereka panggil backup," tambahnya lagi.



Kededua Encik Muhammad Afiq Roslee dan Encik Muhammad Zakaria Rosli semalam diberi Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam dalam satu acara di Divisyen Polis Bedok.



Selain mereka berdua, seorang lagi individu disampaikan anugerah yang sama di majlis itu.



Komander Polis Divisyen Bedok, Penolong Pesuruhjaya Tan Tin Wee, berkata pihak polis memuji empat individu yang telah membantu pihak polis dan orang awam yang memerlukan.



"Dengan berbuat demikian, individu-individu telah menyumbang lebih ke arah meningkatkan keselamatan masyarakat. Tindakan individu-individu ini adalah contoh baik bagi orang ramai dan membuktikan hubungan kukuh antara masyarakat dengan pihak polis," jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >