Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihenti kerja, tapi kembali ke tugas awal dengan pengalaman lebih luas

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



BANYAK yang telah dilalui Encik Nurhisham Mohd Sharif sepanjang setahun lalu, iaitu sejak virus Covid-19 mula merebak di Singapura.



Encik Nurhisham hilang pekerjaan sebagai jurulatih dan pendidik kegiatan luar bebas, mendapat dua pekerjaan baru dalam dua sektor berbeza, dan meraih pelbagai kemahiran yang meningkatkan daya kerjanya.



Walaupun kini dia telah kembali ke sektor asal, pengalaman yang dilaluinya itu telah meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi langkah pengurusan selamat kerana dia tidak mampu untuk hilang pendapatan sekali lagi akibat pandemik Covid-19.



Encik Nurhisham, 26 tahun, antara pekerja yang hilang pekerjaan pada peringkat awal apabila semua kegiatan luar sekolah digantung sebagai langkah berjaga-jaga akibat penularan wabak Covid-19.



Anak bongsu dalam keluarga tujuh beradik itu merupakan pencari nafkah utama dalam keluarganya.



Dia tinggal bersama ibu dan kakak yang tidak bekerja, di flat empat bilik di Woodlands.



"Tahun lalu amat mencabar. Saya perlu menjadi lebih matang kerana dulu saya bekerja hanya untuk mendapat duit dan membeli keperluan rumah. Tapi apa yang berlaku tahun lalu telah mengubah saya menjadi seseorang yang bersiap sedia untuk masa akan datang.



"Apabila saya kembali ke sektor kegiatan luar, saya amat mengambil berat tentang langkah pengurusan selamat kerana saya tidak mahu keadaan kembali seperti dulu. Saya tidak mampu kehilangan pekerjaan sekali lagi," katanya.



Encik Nurhisham telah berusaha mencari pekerjaan baru di bawah Inisiatif Pekerjaan SGUnited dan mendapat bantuan mencari kerja dari WSG Careers Connect.



Dia telah menemui pembimbing kerjaya yang bekerja rapat dengannya untuk mempersiap diri bagi proses mencari kerja.



"Saya banyak belajar tentang penulisan resume dan tentang apa yang perlu saya sediakan bagi sesi temu duga dengan syarikat tempat saya mahu bekerja.



"Kemahiran ini penting kerana kadangkala kita membuat resume dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu cepat mendapat kerja. Kita letak semua maklumat dalam resume kita, sedangkan kita sebenarnya perlu memilih maklumat yang relevan sahaja," kata Encik Nurhisham.



Dia turut belajar tentang pentingnya bersiap sedia bagi temu duga dan pakaian sesuai untuk dipakai ke tempat kerja.



Encik Nurhisham bernasib baik kerana berjaya mendapat kerja pertama yang dimohon, dan mula bekerja pada awal April lalu sebagai Pegawai Pengalaman Pelanggandengan syarikat Kelly Services Singapore di bawah kontrak tiga bulan.



Kontrak itu kemudian dilanjutkan lagi dua bulan, dan selepas itu, dia bekerja pula sebagai penyelaras perubatan di sebuah klinik bagi pekerja asing di Singapura.



Dia kini telah kembali bekerja sebagai jurulatih dan pendidik kegiatan luar bebas dan telah mula mengendalikan perkhemahan bagi pelajar.



"Semasa bekerja di Kelly Services, saya ada juga menggunakan beberapa kemahiran yang saya timba dari sektor kegiatan luar.



"Contohnya, dari sektor lama, saya banyak menjalankan kegiatan pembangunan pasukan. Saya amalkan ini apabila diberi tanggungjawab memimpin satu kumpulan kecil penemuduga tinjauan.



"Saya mengamalkan sikap mesra dan terbuka dan berinteraksi dengan semua dalam kumpulan saya.



"Saya memberi mereka semangat, yang kami sama-sama akan mengharungi masa sukar itu, kerana bukan saya seorang yang kehilangan kerja, tapi ada juga dalam kumpulan saya yang hilang pekerjaan disebabkan oleh Covid-19," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >