Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihukum jel 16 tahun, rotan 12 kali kerana pukul pesara hingga mati

Mar 02, 2016 | 09:20 AM



SETELAH meminum arak, seorang remaja melakukan satu siri serangan ganas tanpa provokasi pada 2010 dan 2011, membawa kepada kematian seorang pesara yang dipukulnya kerana berasa jengkel melihat beliau berdoa di Taman Ang Mo Kio.

Sumanthiran Selvarajoo, kini 22 tahun, dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan rotan 12 kali pada Semasa (1 Mac), selepas mengaku bersalah membunuh tanpa niat, menyebabkan kecederaan parah, menyebabkan kecederaan dan menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Dia berumur antara 17 dan 18 tahun semasa melakukan empat serangan di pelbagai tempat di Ang Mo Kio antara Jun 2010 dan Jun 2011.

Kecuali dalam satu kes, di mana bapa melaporkannya kepada polis, dia menyerah diri selepas setiap serangan.

"Awak seorang yang sangat luar biasa," kata Hakim Woo Bih Li dalam menjatuhkan hukuman. "Awak mempunyai perangai tidak menentu dan ganas yang menyebabkan awak mencederakan orang lain tanpa alasan sah. Namun awak tahu tingkah laku awak salah."

Hakim mengambil kira usia muda Sumanthiran dan hakikat dia t menyerah diri, tetapi berkata risiko dia melakukan keganasan pada masa depan adalah tinggi.

Mahkamah diberitahu bahawa dalam perjalanan pulang selepas minum arak bersama rakan-rakannya, Sumanthiran terjumpa Encik Loo Nam Sheng pada awal pagi 4 Jun 2011.

Dia bersemuka Encik Loo, yang berdiri di depan sebuah pokok di taman Ang Mo Kio Town Garden West dengan dua tapak tangannya dirapatkan, dan ertanya apa beliau sedang lakukan.

Apabila Encik Loo berkata beliau sedang berdoa, Sumanthiran berkeras ingin tahu beliau berdoa kepada siapa.

Encik Loo menjawab: "Buddha."

Ini membuat Sumanthiran marah dan tiba-tiba menumbuk Encik Loo di muka serta mencabar beliau membuat Buddha menjelma di depannya.

Dia terus menumbuk dan menendang Encik Loo. Sedang beliau terbaring berdarah, Sumanthiran memukulnya di tulang kering dengan payung, sambil mencabar beliau memanggil Buddha supaya menyelamatkan beliau.

Sumanthiran kemudian menghubungi hotline polis dan ambulans kecemasan supaya membantu, dengan menggunakan bahasa kesat.

Dia kemudian membuang telefonnya, tetapi menyimpan sebuah buku bertajuk The Long Hard Road Out Of Hell (Jalan Sukar Panjang Keluar Dari Neraka) - autobiografi ahli muzik rok Amerika, Marilyn Manson - apabila dia pergi ke Polis Divisyen Ang Mo Kio untuk menyerah diri.

Encik Loo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan muka teruk.

Mahkamah diberitahu bahawa pada masa serangan itu, Sumanthiran bebas di bawah ikat jamin selepas didakwa mengelar seorang lelaki berusia 45 tahun dengan parang, memukul seorang lelaki berusia 20 tahun yang mempunyai persengketaan dengan sepupunya, dan menyelar seorang remaja 17 tahun dengan pisau roti.

Seorang pakar psikiatri pemerintah mendapati Sumanthiran, yang mengakui sengaja mencari gaduh dengan rakan sekolahnya dengan melanggar mereka, mengalami gangguan personaliti antisosial.

Ini dipertikai pihak pembelaan. Peguamnya, Encik Sunil Sudheesan, memberitahu mahkamah pada masa kesalahan itu, anak guamnya, seorang atlet sekolah, tertekan kerana gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Belia 2010 dan telah hilang kepercayaan pada agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >