Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 10 bulan dek seleweng $71,000 duit dua majikan

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki menyeleweng lebih $71,000 semasa bekerja bagi dua syarikat berkaitan kenderaan terpakai.



Semalam, Tay Wee Ben, 53 tahun, dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah bagi dua tuduhan pecah amanah. Dia tidak membuat sebarang pembayaran balik dalam kedua-dua kes itu.



Semasa menguruskan perniagaan Alpha-Cars Enterprises, Tay mengambil hampir $55,000 daripada syarikat itu antara 2015 dan 2016, meninggalkan hanya $2.80 dalam akaun banknya.



Tay menyertai VS AutoInc pada 2018 dan menyeleweng $16,500 yang diamanahkan kepadanya. Dia juga mengeluarkan semua wang dalam akaun bank syarikat itu dan mengambil token perbankan Internetnya.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan jumlah dalam akaun bank VS AutoInc pada masa itu atau apakah pengurusannya melaporkannya kepada polis.



Mahkamah diberitahu bahawa pada pertengahan 2015, Tay bersetuju menubuhkan perniagaan membeli dan menjual kereta terpakai bersama seorang lelaki dikenali sebagai Encik Tan Poh Seng, 47 tahun.



Peguam bela Encik Riko Isaac memberitahu mahkamah Encik Tan pemilik berdaftar Alpha-Cars dan kawan rapat Tay masa itu.



Encik Tan melabur wang dalam perniagaan itu manakala Tay menguruskan operasi hariannya. Tay mempunyai akses kepada buku cek syarikat dan token perbankan Internet bagi akaun banknya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ng Jun Chong berkata antara 15 Julai dan 13 Nov 2015, Encik Tan memindahkan $40,000 ke dalam akaun bank firma itu.



Beliau juga memindahkan sekurang-kurangnya $30,000 ke dalam akaun bank peribadi Tay untuk digunakan bagi perniagaan dan operasi harian syarikat. Tetapi pada Januari 2016, Encik Tan berasa ada sesuatu tidak kena dengan akaun syarikat itu dan meminta Tay mengemas kini kewangannya.



Tay tidak memberi maklumat terkini dan menjawab ada wang dalam akaun bank syarikat itu. Dia juga memberi Encik Tan pelbagai alasan untuk mengelak daripada menjalankan tugas itu.



Pada 27 April tahun itu, Encik Tan menulis cek berjumlah $12,000 dan cuba mengeluarkan jumlah tersebut daripada akaun bank syarikat namun menyedari hanya ada $2.80.



Beliau memeriksa dan mendapati $54,930 lesap. Belia bersemuka dengan Tay, yang mengaku menggunakan wang itu. Encik Tan membuat laporan polis pada 6 Mei 2016.



Pada Januari 2018, Tay menyertai VS AutoInc. Encik Isaac berkata seorang lelaki, Encik Gary Lim, kemudian meminta bantuan Tay dalam menjual kereta.



Pada 2 Ogos 2019, Tay memberitahu Encik Lim dia menemui bakal pembeli yang sanggup membeli kenderaan itu pada harga $18,000.



Encik Lim bersetuju menerima $16,500 selepas ditolak kos pembaikan dan komisen Tay. Tetapi Tay tidak memindahkan wang itu kepada Encik Lim sebaliknya menggunakannya untuk memperbaharui sijil hak memiliki kenderaan (COE) kenderaan terpakai lain.



Encik Lim membuat laporan polis pada 21 Ogos 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >