Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara 10 bulan kerana tipu kedai pajak

Aug 03, 2016 | 03:21 PM



SEORANG lelaki dihukum penjara pada Rabu (3 Ogos) kerana berkomplot untuk menipu kedai pajak gadai dengan menggadai barang kemas campuran emas palsu dan betul, dan menipu $17,420 daripada kedai-kedai pajak itu.



Saje Husiadi, 56, dipenjara 10 bulan bagi tiga tuduhan berpakat dengan Mohamad Nur Fadly Rosli, 34 tahun, untuk menipu Ban Joo Pawnshop, Shing Heng (East) dan Loong Shing Pawnshop pada Mac lalu.



Tiga pertuduhan serupa diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Saje mengaku berpakat untuk menipu kedai pajak itu dengan memperdaya kakitangan mereka hingga percaya kononnya sekeping barang kemas diperbuat daripada emas betul, sedangkan dia tahu ia palsu, dan menerima barang tersebut dan memberinya wang tunai antara $2,100 dan $3,770.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Victoria Ting memberitahu mahkamah bahawa pada awal tahun ini, Fadly menggajikan Saje untuk menghantar barang-barang untuknya dan sebagai ganti, perbelanjaan harian dan sewa rumahnya dibayar Fadly.



Sekitar akhir 2015 atau awal tahun ini, Fadly melahirkan idea membuat barang kemas daripada emas palsu dan tulen, supaya barang kemas itu lebih panjang, lebih berat dan lebih bernilai apabila dijual atau digadai.



Dia memotong barang kemas emas palsu dan tulen dan mencantumkannya dengan playar. Dengan cara ini, kaedah pengesahan biasa kedai pajak mungkin tidak dapat mengesan bahawa barang kemas itu tidak dibuat daripada emas tulen sepenuhnya.



Sebelum atau sekitar Mac, Fadly memberitahu Saje mengenai apa yang dilakukannya dan mereka kemudian berpakat untuk menipu kedai pajak dengan menggadai barang kemas campuran itu sebagai barang emas betul.



Fadly menyerahkan barang itu kepada Saje yang menggadaikanya atas namanya di beberapa kedai pajak.



Selepas setiap transaksi, Saje menyerahkan wang tunai dan tiket pajak gadai kepada Fadly, yang membayarnya komisen $100 hingga $200 bagi setiap transaksi.



Perkara itu terbongkar apabila Ban Joo Pawnshop menghantar barang kemas itu untuk pengesahan dan ujian.



Ia didapati mengandungi hanya kira-kira 4 peratus emas tulen. Satu laporan polis kemudian dibuat.



Tiada wang dikembalikan dua orang itu.



Saje mempunyai rekod kesalahan memiliki dadah.



Kes Fadly kini di peringkat persidangan sebelum perbicaraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >