Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara 13 minggu kerana serang jiran hingga jatuh lalu meninggal dunia

Apr 15, 2020 | 11:58 AM



SEORANG wanita telah dipenjara 13 minggu kerana menyerang jirannya yang meninggal dunia setelah terjatuh dan kepalanya terhantuk lantai. 



Leo Mona, 57 tahun, mulanya dijadualkan hadir di mahkamah daerah hari ini, tetapi kesnya telah dipercepatkan dan dia telah menjalani hukuman Khamis lalu.



Februari lalu, Hakim Daerah, Encik Mathew Joseph, telah menyabitkan Leo atas tuduhan menyerang Encik Ho Wee Khuan, 48, di kawasan beranda di sebuah blok di Holland Close.



Hakim juga mendapati Leo bersalah kerana cuba dengan sengaja menghalang pelaksanaan undang-undang. 



Semasa perbicaraan sembilan hari, seorang saksi, Cik Sarada Appi Narayanan, telah memberi keterangan yang beliau telah flat anak lelakinya pada 10 Ogos 2017 untuk membantunya dengan kerja-kerja rumah. 



Mahkamah diberitahu pada satu ketika, beliau duduk di beranda di tingkat lapan di mana anaknya, Encik Wilson Loh, telah meletak sebuah meja dan beberapa kerusi. 



Cik Sarada berkata, Encik Ho kemudian menyertainya. Seorang jiran wanita dan seorang lelaki datang tidak lama kemudian dan bertengkar dengan mangsa. 



Pasangan itu tidak dinamakan dalam dokumen mahkamah. 



Lelaki itu mendakwa Encik Ho mencuri wang dan pasangan itu beredar selepas Encik Ho menafikan dakwaan tersebut. 



Cik Sarada kemudian memberitahu mahkamah bahawa Leo kemudian datang dan bercakap dengan Encik Ho, yang menghamburkan kata kesat ke atasnya. 



Timbalan Pendakwa Raya, Cik Daphne Lim, dalam penghujahannya menyatakan: "Tertuduh menjadi marah dan telah menempeleng mangsa di mukanya. Setelah itu, tertuduh, yang berdiri secara bersemuka dengan mangsa, menolak mangsa dengan kedua-dua tangannya. Ini menyebabkan mangsa jatuh." 



Encik Ho terhantuk kepalanya di lantai dan meninggal dunia dua hari kemudian. 



Cik Sarada dalam keterangannya menyatakan, beliau telah berlari ke rumah anaknya dan Encik Loh memaklumkan kepada polis. 



Polis tiba tidak lama kemudian dan menarik Leo ke tepi. 



Sedang Leo berjalan lalu di flat Encik Leo, dia berkata kepada Cik Sarada dalam bahasa Hokkien: "Kalau kau tak tahu, jangan cakap." 



Encik Loh memberitahu mahkamah semasa perbicaraan bahawa beliau telah menghubungi polis selepas melihat Encik Ho di lantai. 



Encik Loh berkata bahawa Leo telah memberitahu ibunya dalam bahasa Hokkien: "Jika tidak tahu apa-apa, jangan cakap sembarangan." 



Semasa perbicaraan, Leo yang diwakili peguamnya, Encik K. Jayakumar Naidu, menafikan telah menampar dan menolak Encik Ho. 



Menurutnya, dia menganggap Encik Ho "seperti adiknya". 



Mahkamah beritahu dia bercadang untuk merayu ke atas keputusan itu dan ikat jamin ditetapkan pada $15,000.



Bagi kesalahan menyerang, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >