Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diskaun Generasi Perintis jika belanja untuk warga emas di NTUC FairPrice

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



BAGI mendorong warga emas untuk terus duduk di rumah di tengah-tengah penularan Covid-19, ahli keluarga boleh berbelanja bagi pihak warga emas yang memegang kad Generasi Perintis.



Mereka akan menerima potongan harga di semua cawangan dan rangkaian pasar raya FairPrice, umum syarikat itu semalam.



Untuk mendapatkan potongan harga sebanyak tiga peratus, pembeli perlu menunjukkan kad Generasi Perintis ahli keluarga mereka di cawangan FairPrice atau Unity ketika mereka membeli-belah pada setiap Isnin dan Rabu.



Tawaran ini akan berkuat kuasa mulai Isnin depan hingga 31 Ogos, di bawah Inisiatif Proksi Generasi Perintis, yang pertama kali diperkenalkan semasa tempoh pemutus litar tahun lalu untuk melindungi warga senja di tengah-tengah pandemik ini.



Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 pada Ahad lalu menasihatkan warga senja yang tidak divaksinasi untuk duduk di rumah sebanyak menyusuli peningkatan jangkitan yang dikesan di beberapa pasar di sini yang berkaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP).



Dalam beberapa minggu ini, program vaksinasi Singapura akan memberi tumpuan kepada sekitar 140,000 warga senja berusia 70 tahun ke atas, yang belum diberikan vaksinasi.



Ketua pegawai eksekutif kumpulan NTUC FairPrice, Encik Seah Kian Peng, berkata:



"Dengan penuh keprihatinan, kami dapati masih terdapat ramai warga senja berusia 70 tahun ke atas yang belum diberi vaksin."



"Selain membantu warga senja untuk menjimat, inisiatif ini juga mendorong ahli keluarga mereka untuk menjenguk ibu bapa mereka yang sudah tua yang mungkin hidup sendiri, kerana kita menyedari bahawa mempunyai sokongan keluarga yang kuat adalah penting untuk kesejahteraan seseorang secara keseluruhan," tambahnya.



Diskaun itu tertakluk kepada had $200 bagi setiap transaksi setiap hari.



Pada 2020, FairPrice telah mengagihkan diskaun sebanyak $4.92 juta menerusi Skim Diskaun Generasi Perintis.



Ia merupakan salah satu daripada empat inisiatif diskaun bagi membantu warga emas dan keluarga berpendapatan rendah menjimat ketika berbelanja di FairPrice, termasuk Generasi Merdeka, Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat dan skim diskaun Warga Emas, yang juga memberikan pemotongan harga hingga tiga peratus




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >