Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Disney+: Seronok untuk seluruh keluarga

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



APABILA anda mendengar tentang Disney Plus (Disney+), ramai mungkin memikirkan watak-watak karton popular seperti Mickey Mouse dan Donald Duck.


Jika tidak, ramai mengaitkan Disney bersama puteri-puteri Disney Elsa atau Moana.


Namun begitu, Disney+ sebenarnya merupakan platform penstriman yang menawarkan lebih daripada filem-filem Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan Star menerusi satu wadah.


Peluang menonton saluran itu ketika menginap beberapa hari di rumah anggota keluarga yang melanggannya membuat semua berseronok.


Dengan terdapat banyak filem dan juga rancangan TV yang terdapat dalam talian, terdapat kemungkinan rancangan yang anda ingin tonton terdapat di Disney+.


Penstriman The Mandalorian adalah salah satu siri PG13 yang menyeronokkan bukan sahaja untuk penonton dewasa tetapi juga bagi keluarga dengan kanak-kanak.

penonton dewasa tanpa anak kecil melanggani saluran itu.


Selain itu, juga terdapat filem menarik seperti The Menu oleh Searchlight Pictures, di mana satu pasangan menemui kejutan ketika mereka menikmati masakan di sebuah restoran pulau eksklusif. Filem tersebut boleh didapati di bawah kategori STAR di Disney+.


Jika anda peminat Marvel Cinematic Universe (MCU), ada pautan menerusi Disney+.


Ada juga akses ke filem Marvel Studios' Black Panther: Wakanda Forever yang baru serta keluaran khas penstriman yang lain.


Bagi saya yang kurang berminat dengan filem-filem seperti Star Wars, jangan khuatir, anda tidak ketinggalan.


Disney+ turut menawarkan kandungan rancangan lain khusus kepada penduduk Asia seperti rancangan Indonesia, Korea, Jepun, Taiwan tersedia di platform.


Bagi mereka yang ‘dizombikan’ drama korea boleh menikmati k-drama terkini seperti Call It Love, yang membintangi pelakon seperti Kim Young-kwang, Lee Sung Kyung dan Sung Joon.


Satu lagi siri drama terbaru yang ramai dapat tontonkan sekarang adalah PANDORA: Beneath the Paradise, yang membintangi pelakon popular Lee J-ah and Lee Sang-yoon.


Terdapat juga filem-filem korea yang merupakan dokumentari tentang superstar terbesar korea seperti Super Junior: The Last Man Standing dan BLACKPINK THE MOVIE.


Peminat kumpulan boyband K-Pop, BTS juga boleh mengikuti jejak “bias” mereka dalam dokumentari BTS: Permission to Dance dan j-hope IN THE BOX.


Secara serantau, Disney+ juga menawarkan filem dan rancangan Indonesia yang berlain.


Contohnya, serial original seram Teluh Darah atau seri web Wedding Arrangement the Series S1.


Jika anda berminat dalam filem tempatan, anda juga boleh menontonnya di Disney+.


Filem tempatan popular arahan Jack Neo, Ah Boys to Men dan Long, Long Time Ago pastinya akan membawa nostalgia bagi warga Singapura.


Dengan Disney+ anda boleh menikmati filem dan siri kegemaran anda di rumah dan pada peranti mudah alih sehingga empat strim serentak - bila-bila masa, di mana-mana sahaja.


Di luar kandungan, Disney+ juga menawarkan pelanggan pengalaman pengguna terbaik dengan tontonan berkualiti tinggi dan bebas komersial.


Pengguna juga boleh muat turun kandungan untuk mendapat akses kepadanya semasa dalam perjalanan dan pengesyoran diperibadikan pada nilai yang menakjubkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >