Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor beri amaran tentang risiko kesihatan berkaitan cuaca panas

May 26, 2022 | 05:30 AM



DENGAN cuaca panas terik sejak berminggu-minggu lalu sepanjang bulan ini dan cuaca lebih panas dijangka kekal sehingga September, doktor telah memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko kesihatan berkaitan dengan cuaca panas.



Semasa bulan-bulan yang lebih panas, Hospital Khoo Teck Puat melihat sehingga tiga kali lebih ramai pesakit yang mengalami kecederaan berkaitan haba berbanding bulan-bulan yang lebih sejuk, kata Dr Kanak Naidu, perunding kanan di Jabatan Penjagaan Akut & Kecemasan hospital itu.



Kecederaan terdiri daripada keadaan ringan seperti ruam panas, kekejangan haba - yang merujuk kepada kekejangan otot yang menyakitkan akibat dehidrasi dan otot yang tertekan - dan keletihan haba, kepada gejala yang lebih teruk seperti strok haba, lapor The Straits Times.



Dr Derek Li, pakar perubatan keluarga di Raffles Medical, berkata beliau telah melihat lebih ramai pesakit yang mengalami penyakit kulit seperti ekzema dan gatal-gatal, yang boleh dicetuskan oleh haba dan dehidrasi daripada berpeluh.



Beliau menambah bahawa orang yang bekerja di luar lebih terdedah kepada sakit kepala, lesu, sengal badan, pening dan kurang daya tumpuan.



"Tetapi simptom ini sukar dikaitkan secara langsung kepada tekanan haba semata-mata... (dengan) latar belakang kejadian Covid-19 dan demam denggi dalam masyarakat, juga boleh menyebabkan gejala yang sama."



Dr Li menjangkakan bilangan kerumitan berkaitan haba akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang, dengan lebih banyak acara sukan berskala besar disambung semula.



Poliklinik Universiti Nasional dan Poliklinik Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHGP) telah melihat peningkatan pesakit dengan keadaan ringan seperti ruam panas dan ekzema.



Bulan April dan Mei tahun ini menyaksikan beberapa suhu tertinggi dicatatkan di Singapura.



Pada 1 April lalu suhu kedua tertinggi dalam rekod di sini telah direkodkan, mencecah 36.8 darjah Celcius di Admiralty. Ini hanya kurang 0.2 darjah Celcius berbanding paras tertinggi sepanjang masa yang dicatatkan di Tengah pada 17 April 1983.



Dalam pada itu, 13 Mei pula adalah hari paling panas yang dicatatkan bagi bulan ini, mencecah 36.7 darjah Celcius, juga di Admiralty.



Perkhidmatan Meteorologi Agensi Sekitaran Kebangsaan meramalkan baki bulan ini akan menyaksikan suhu maksimum harian berlegar antara 34 darjah Celcius dan 35 darjah Celcius pada kebanyakan hari, dengan suhu mencecah 36 darjah Celcius dalam beberapa hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >