Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Doktor didenda $1,500 tidak uji pesakit sebelum beri ubat

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



SEORANG doktor mendedahkan pesakitnya kepada kesan sampingan yang berkemungkinan lebih serius apabila dia memberikan pesakit itu ubat tertentu bagi merawat psoriasis - sejenis penyakit kulit, tanpa menjalankan ujian wajib yang dapat memaklumkannya mengenai kerosakan ginjal pesakit berkenaan.



Haridass Ramdass, 77 tahun, didenda $1,500 semalam selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan membahayakan keselamatan peribadi pesakitnya, Savarimuthu Arul Xavier, kerana cuai.



Xavier, seorang warga India yang bertugas sebagai pekerja binaan di sini, meninggal dunia pada Disember 2014 setelah mengalami jangkitan kulat invasif menyusuli satu rawatan.



Haridass, seorang doktor umum (GP), pada awalnya didakwa menyebabkan kematian Xavier dengan perbuatan terburu-buru, tetapi tuduhan itu kemudian dikurangkan oleh pihak pendakwa.



Mahkamah diberitahu Xavier, yang ketika itu berusia 28 tahun, mengunjungi tiga GP berbeza antara Oktober dengan November 2014 selepas mengalami ruam pada badan, muka dan anggota badannya.



Setiap klinik mendiagnosis Xavier menghidapi psoriasis dan memberikannya ubat termasuk antihistamin dan krim steroid.



Psoriasis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kulit bertompok merah, gatal dan bersisik. Ia tiada penawar yang diketahui.



Apabila keadaan Xavier tidak pulih, beliau mengunjungi Klinik Tekka di Little India pada 24 November 2014.



Haridass merupakan satu-satunya doktor di klinik itu.



Dia menyatakan Xavier mempunyai luka kemerahan dan bulat yang meluas di seluruh badannya, termasuk kulit kepala.



Pesakit itu memberitahu Haridass keadaan kulitnya berterusan selama 20 hari dan beliau telah berjumpa tiga doktor lain sebelum Haridass.



Haridass mendiagnosis Xavier menghidap psoriasis dan memberinya suntikan dexamethasone, iaitu steroid untuk merawat penyakit seperti artritis dan pernafasan.



Dia juga memberi Xavier 10 pil methotrexate (MTX), 10 pil prednisolon dan 10 pil klorfeniramina.



MTX adalah ubat yang kerap digunakan dalam rawatan barah dan juga boleh digunakan dalam rawatan psoriasis yang teruk. Kesan sampingannya mungkin termasuk tindak balas toksik yang mengancam nyawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >