Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor gembira dapat beri khidmat perubatan tambah nilai kepada SAF

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



DALAM tugas hariannya, Leftenan Kolonel (LTC) (Dr) (NS) Norhisham Main merupakan seorang doktor di Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH).



Namun, apabila diperlukan beliau sentiasa bersedia menyahut panggilan tugas demi negara dalam peranan yang dimainkannya sebagai Ketua Sel Operasi Perubatan di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



LTC (Dr) (NS) Norhisham berkata beliau gembira dapat menambah nilai kepada sistem perubatan SAF dengan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diraihnya selama ini sebagai doktor sepenuh masa.



"Kebanyakan anggota kerahan (NSmen) yang berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (MO) semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS) adalah doktor sepenuh masa di hospital dan klinik.



"Pegawai tetap SAF yang berkhidmat sebagai MO juga menjalani latihan dan dihantar bertugas di hospital. Saya rasa pertukaran ini amat penting kerana ini dapat memastikan sistem perubatan SAF setara dengan piawaian industri.



"Saya juga dapat bekerja bersama rakan seangkatan di SAF yang sependapat. Saya bangga dapat bekerja dengan individu yang cekap dan profesional dalam SAF," kata pengarah khidmat bagi penjagaan sokongan dan perubatan pelega di NTFGH itu.



LTC (Dr) (NS) Norhisham dinaikkan pangkat daripada Mejar tahun ini.



Menurutnya, kenaikan pangkat itu amat bererti baginya dan beliau menyifatkannya sebagai satu pencapaian besar yang tidak dijangkakan.



Ini memandangkan matlamat peribadinya menjalani NS adalah menyumbang apa yang beliau mampu dan memastikan ia dapat meninggalkan kesan, katanya.



"Ini juga satu pengiktirafan bagi mereka yang telah menjadi sumber inspirasi dan membimbing saya sepanjang saya menjalani NS.



"Saya berterima kasih kepada mereka dan juga keluarga saya yang memberi saya sokongan," ujarnya.



Menyingkap antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya semasa menjalani NS, LTC (Dr) (NS) Norhisham berkata isterinya melahirkan anak mereka semasa beliau sedang mengikuti latihan dalam kem (ICT).



Menurutnya, beliau cukup teruja kerana dapat menimang cahaya mata dan pada masa yang sama, gembira kerana selesai menjalani latihan yang intensif minggu itu.



Selain sokongan keluarga, beliau juga bersyukur mendapat sokongan kukuh daripada majikannya sehingga membolehkan beliau berbakti kepada negara tanpa gangguan daripada hal tempat kerja.



Memandang ke hadapan, beliau berharap dapat terus berkongsi kemahiran dan pengetahuannya serta membantu generasi akan datang agar dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman itu untuk berbakti kepada SAF dengan lebih baik dan melindungi kedaulatan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >