Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor keluarga kini boleh tentukan tempat pemulihan pesakit Covid-19

Langkah ke arah tanggungjawab peribadi dan pengurusan diri sendiri
Jan 06, 2022 | 05:30 AM



DOKTOR keluarga kini memainkan peranan lebih besar dalam menentukan sama ada pesakit Covid19 boleh pulih dengan selamat di rumah atau memerlukan pantauan lanjut di hospital.



Perubahan tersebut yang berkuatkuasa hari ini, merupakan sebahagian langkah Singapura ke arah "tanggungjawab peribadi dan pengurusan diri sendiri" dalam menangani Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Ini sedang bukti menunjukkan bahawa varian Omicron, walaupun lebih mudah menular berbanding varian Delta, adalah kurang teruk kesannya.



"Doktor penjagaan asas akan menjadi penting, sedang kita membenarkan pesakit pulih di rumah dan mengelak daripada dimasukkan ke hospital," kata MOH.



Doktor keluarga boleh membuat diagnosis menerusi ujian pantas antigen (ART) sekiranya pesakit dinilai mempunyai gejala ringan dan berisiko rendah mengalami gejala lebih teruk.



Pesakit sedemikian kemudian perlu mengasingkan diri mereka di rumah selama sekurang-kurangnya 72 jam.



Setelah itu, jika ujian ART menunjukkan keputusan negatif, mereka boleh menyambung semula kegiatan seperti biasa.



Jika keputusannya positif, individu itu perlu terus mengasingkan diri mereka dan membuat ujian setiap hari sehingga mendapatkan keputusan negatif.



Individu tersebut akan diberi cuti sakit lima hari atau lebih supaya dapat pulih.



Jika gejala semakin teruk, individu dinasihati agar berjumpa doktor atau menghubungi talian 995 dalam keadaan kecemasan.



Kontak rapat mereka pula akan menerima Amaran Risiko Kesihatan (HRW), dan perlu mengambil ART setiap hari selama seminggu untuk memeriksa sekiranya mereka dijangkiti.



Namun, bagi pesakit berisiko tinggi pula seperti warga emas, wanita hamil, mereka yang sistem imun mereka terjejas, perlu mengambil kedua-dua ART dan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR).



Jika diuji positif, mereka akan diberi perintah berkurung (IO) selama 10 atau 14 hari, tertakluk kepada status vaksinasi mereka.



Kementerian menambah bahawa ia akan memantau keadaan dalam minggu-minggu mendatang dan membuat penyesuaian lanjut supaya lebih ramai orang dapat pulih di bawah protokol dua - pengasingan selama 72 jam - dan membolehkan mereka melakukan kegiatan seperti biasa dengan lebih cepat.



Mengulas tentang langkah memperkasa doktor keluarga sewaktu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata untuk mencapai daya tahan bagi Covid-19, Singapura perlu mengharungi gelombang Omicron sepertimana negara mengharungi gelombang Delta.



"Di akhir gelombang seterusnya, kita akan menjadi lebih berdaya tahan berbanding sekarang dan kita akan mencapai lagi satu tahap penting.



"Kemudian ada kemungkinan kita dapat mengharungi gelombang Covid-19 seterusnya sepertimana yang kita lakukan untuk demam selesema setiap tahun tanpa isu besar.



"Mencapai tahap itu akan memerlukan kerjasama dan usaha kolektif kita," katanya.




"Di akhir gelombang seterusnya, kita akan menjadi lebih berdaya tahan berbanding sekarang dan kita akan mencapai lagi satu tahap penting.

Kemudian ada kemungkinan kita dapat mengharungi gelombang Covid-19 seterusnya sepertimana yang kita lakukan untuk demam selesema setiap tahun tanpa isu besar.

Mencapai tahap itu akan memerlukan kerjasama dan usaha kolektif kita."

- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >