Doktor mata digantung kerja tiga bulan kerana sembunyikan pendapatan $450,000
May 04, 2016 | 05:30 AM
SEORANG pakar bedah mata berusia 55 tahun yang telah menyembunyikan pendapatan tambahan sebanyak hampir $450,000 daripada majikan telah digantung kerja selama tiga bulan.
Dr Marc Tay Tze-Hsin, bekas perenang nasional, bekerja sebagai konsultan di Pacific Healthcare Specialist Services (PHSS) dan juga memegang jawatan sebagai pengarah.