Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Dormitori pekerja migran kini berdaya tahan terhadap pandemik masa depan

See Leng: Pandemik Covid-19 bina persediaan dari segi perumahan, penjagaan kesihatan dan sokongan sosial serta kesejahteraan mental
Mar 21, 2023 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah membina daya tahan dormitori pekerja migran daripada pandemik masa depan dari segi perumahan, penjagaan kesihatan dan sokongan sosial serta kesejahteraan mental, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Mengimbas tentang pengajaran yang dipelajari dalam perjalanan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam melawan pandemik itu Dr Tan turut menekankan kepentingan melindungi pekerjaan dan mata pencarian warga Singapura.



Di Parlimen pada Isnin, Dr Tan berkata piawaian dormitori pekerja migran telah diperbaiki dan pemerintah akan meluaskan Akta Asrama Pekerja Asing (Feda) untuk turut merangkumi dormitori pekerja migran yang mempunyai tujuh atau lebih katil mulai 1 April.



Ini akan meningkatkan jumlah dormitori, termasuk kilang yang diubah menjadi dormitori (FCD), yang dikawal selia di bawah Feda daripada 53 ke 1,500 dan membolehkan MOM menaikkan piawaian serta bertindak pantas kepada kecemasan akan datang.



Dari segi daya tahan penjagaan kesihatan pekerja migran, Dr Tan berkata ia telah diperkukuh dengan banyak menerusi pendekatan holistik yang diambil.



Sistem penjagaan kesihatan utama baru serta pelan penjagaan utama baru (PCP) telah ditubuhkan bagi pekerja migran.



Sehingga kini, terdapat 10 pusat perubatan dan rangkaian klinik privet rakan yang berkhidmat kepada lebih 300,000 pekerja migran yang tinggal di dormitori.



Pengendali utama juga telah menetapkan keupayaan terjemahan berbilang bahasa dan menambah pasukan klinikal mereka dengan pekerja penjagaan kesihatan yang boleh berbicara bahasa asli pekerja migran, kata beliau.



Dengan PCP pula, majikan dapat menyediakan penjagaan utama bermutu pada harga yang dimampui dan membolehkan pekerja untuk mengakses penjagaan perubatan.



"Pada masa sama, kita dapat memanfaatkan sistem penjagaan kesihatan utama baru itu bagi pemantauan kesihatan awam," tambah Dr Tan.



Seterusnya, Dr Tan berkata Singapura mempunyai keupayaan lebih baik untuk mempertingkat kesihatan mental pekerja migran dengan adanya Project DAWN - sebuah pasukan petugas bagi mempertingkat penjagaan dan sokongan kesihatan mental pekerja migran - yang dibangunkan pada November 2020.



"Majikan dan pengendali dormitori membentuk bahagian penting ekosistem sokongan buat pekerja kita. Mereka secara tetap diingatkan oleh MOM supaya menjaga kesejahteraan pekerja mereka dan menggalak rangkaian lebih erat di tempat kerja dan di dormitori," kata Dr Tan.



Dari segi menyokong pekerjaan dan mata pencarian, Dr Tan berkata kepelbagaian saluran yang disediakan untuk menyokong pencari kerja telah diluaskan, contohnya dengan Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited yang diperkenalkan sewaktu Covid-19.



Covid-19, kata Dr Tan juga telah menunjukkan bahawa adalah penting untuk terus membina di atas kerjasama dan kepercayaan tripartit sebagai kelebihan daya saing utama buat Singapura.



"Mengambil pengajaran daripada pandemik, kita telah membuat pembaharuan struktur tetap dalam keupayaan pengurusan pekerja migran kita dan ekosistem sokongan bagi tenaga kerja setempat untuk menginstitusikan perubahan yang berkekalan...



"Bagi tenaga kerja tempatan, kita telah mempertingkat kebolehcapaian dan kepelbagaian saluran untuk menyokong pemohon pekerjaan dalam mendapatkan pekerjaan dan peralihan kerjaya.



"Lebih daripada itu, kita telah membina dan memperkukuh hubungan dan rangkaian bersama kedua-dua pihak berkepentingan awam dan swasta, untuk membantu kita mengharungi cabaran masa depan," tambah beliau.



"Majikan dan pengendali dormitori membentuk bahagian penting ekosistem sokongan buat pekerja kita. Mereka secara tetap diingatkan oleh MOM supaya menjaga kesejahteraan pekerja mereka dan menggalak rangkaian lebih erat di tempat kerja dan di dormitori."



- Menteri Tenaga Manusia,



Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >