Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEJOHANAN BOLA JARING ASIA

Dorongan bagi SG apabila turun lawan M'sia di separuh akhir

Dua finalis dapat 'tiket' aksi di Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan
Sep 10, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA boleh menjangka pasukan Malaysia akan bertarung bersungguh-sungguh dalam separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia di Arena OCBC malam ini, dengan kededua pasukan bersaing merebut tempat di Piala Dunia tahun depan.



Dua finalis di Kejohanan Asia ini akan melayakkan diri ke Piala Dunia Bola Jaring 2023 yang akan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan.



Singapura mengekalkan peluang beraksi di Piala Dunia tahun depan selepas ia menewaskan Malaysia - yang secara kebetulan lawannya di suku akhir - 56-43 kelmarin.



Kemenangan itu membolehkan Singapura mengakhiri pusingan kumpulan di tangga kedua Kumpulan E dan sekali gus menempah tempat ke separuh akhir - menentang Malaysia sekali lagi.



Separuh akhir kedua pula akan ditandingi oleh juara bertahan Sri Lanka, yang akan bertemu Hong Kong.



Kapten bersama Singapura, Toh Kai Wei, berkata:



"Kemenangan itu amat penting bagi kami. Berbanding dengan perlawanan dengan Sri Lanka (Singapura tewas 49-67), kami memulakan perlawanan dengan lebih tenang. Kami berupaya bermain dengan lebih teratur dan bersabar sebelum membuat hantaran. Cara permainan ini perlu kami kekalkan bagi perlawanan akan datang.



"Setiap jaringan yang kami lakukan menyemarak semangat kami... dan ini membuat kami lebih berazam untuk membantu satu sama lain dan perkara ini membolehkan kami menang."



Pemain pertahanan, Yew Shu Ning, 24 tahun, yang berpengalaman beraksi dalam perlawanan derby pertama dengan Malaysia, berkata ia telah memberikannya pengalaman yang amat bernilai, terutama beraksi menentang lawan yang bermain secara lebih fizikal.



Beliau juga berkata sorakan penonton dari luar gelanggang memberinya kekuatan tambahan.



"Setiap sorakan bak sokongan tambahan bagi kami untuk terus menemui jaringan," kata beliau.



Jurulatih Malaysia, Lisa Beehag, yang sebelum ini pernah memimpin pasukan negara dari 2008 hingga 2009, berkata beliau kecewa dengan keputusan itu tetapi berkata pasukannya akan membuat persiapan dengan lebih gigih menjelang separuh akhir nanti.



"Kami tidak beraksi seperti yang kami mampu... tapi kami akan kembali ke gelanggang latihan, menimbangkan semula pilihan yang ada.



"Kami tidak pernah beraksi menentang Singapura dengan permainan yang pantas dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kelajuan ini."



Dalam suku akhir kedua, Sri Lanka menewaskan Hong Kong 62-51 untuk mengakhiri pusingan kumpulan di tempat pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >