Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng bakal gariskan kemajuan S'pura menentang Covid-19 dalam kenyataan menteri di Parlimen Isnin

Sep 30, 2020 | 08:14 PM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang juga Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, akan menyampaikan Kenyataan Menteri pada 1.30 petang, Isnin ini (5 Oktober 2020).



Kenyataan itu akan membentangkan gambaran menyeluruh yang lebih luas mengenai kemajuan perjuangan Singapura menentang Covid-19, kedudukan fiskal negara ini dan strategi bagi penduduk tampil lebih kuat daripada krisis ini sebagai sebuah ekonomi dan masyarakat.



Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan pada Rabu (30 September), Kementerian Kewangan (MOF) menambah kenyataan itu adalah bertujuan menyediakan konteks di mana Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan akan dibentangkan di Parlimen.



Rang tersebut meliputi peruntukan undang-undang bagi langkah yang diumumkan dalam kenyataan menteri pada 17 Ogos lalu yang juga disampaikan Encik Heng.



Keseluruhan Kenyataan Menteri ini akan disiarkan di laman Belanjawan Singapura (www.singaporebudget.gov.sg) selepas ia disampaikan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >