Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng bentang Belanjawan 2021 pada 16 Feb

Liputan langsung melalui TV, radio dan dalam talian disediakan
Jan 01, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, akan membentangkan Belanjawan tahun ini di Parlimen pada 16 Februari.



Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) semalam, akan terdapat liputan secara langsung televisyen dan radio bagi Belanjawan dan secara langsung dalam talian di laman web Belanjawan Singapura.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelarasan bagi Dasar Ekonomi menulis di Facebook semalam bahawa hampir menjadi satu tradisi untuk mengumumkan tarikh Belanjawan tahunan pada akhir tahun, dan keadaan ini tidak berbeza tahun ini.



"Tetapi tahun ini jauh daripada tradisional.



"Daripada satu Belanjawan tahunan, kita telah mempunyai empat Belanjawan dan dua kenyataan kementerian.



"Bagi menyokong pekerja kita, syarikat dan keluarga mengharungi Covid-19, kita perkenalkan beberapa pusingan langkah sokongan," kata beliau.



Encik Heng berkata persiapan untuk Belanjawan 2021 sedang berjalan dengan lancar dan pandemik Covid-19 dikawal secara dalam negara dengan usaha menyediakan vaksin sudah bermula.



"Bagaimanapun, ramalan keseluruhan tetap amat tidak menentu dan ini akan kekal buat sementara waktu. Jika laluan pemulihan ekonomi kita di landasan tepat, kita akan mempunyai Belanjawan lebih tradisional tahun ini.



"Tetapi jika keadaan berubah lebih teruk, kita sudah bersedia untuk memberi respon dan membuat penyesuaian," ujar beliau.



Pelbagai saluran telah ditubuhkan untuk warga Singapura berkongsi pandangan dan harapan mengenai Belanjawan akan datang, hingga 8 Januari.



Unit maklum balas pemerintah, Reach, telah menubuhkan pusat mendengar secara maya dan fizikal di kawasan ramai orang, manakala Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan akar umbinya akan mendekati warga Singapura menerusi wadah maya, termasuk satu inisiatif dipanggil Ask Kopi Kakis.



Butiran mengenai pusat mendengar fizikal boleh didapati di laman mikro Reach Belanjawan 2021, sementara butiran tentang Ask Kopi Kakis boleh didapati di laman www.go.gov.sg/shareyourviews2021



Tema dan soalan yang akan disentuh termasuk ekonomi, tenaga kerja, masyarakat, negara selamat dan bijak, serta kemampanan sekitaran.



"Bagaimanapun, ramalan keseluruhan tetap amat tidak menentu dan ini akan kekal buat sementara waktu. Jika laluan pemulihan ekonomi kita di landasan tepat, kita akan mempunyai Belanjawan lebih tradisional tahun ini. Tetapi jika keadaan berubah lebih teruk, kita sudah bersedia untuk memberi respon dan membuat penyesuaian."



- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat, mengatakan persiapan Belanjawan 2021 sedang berjalan lancar tetapi keadaan masih tidak menentu dek Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >