KEPUTUSAN mengadakan Pilihan Raya Umum di tengah-tengah pandemik bukanlah sesuatu yang mudah, kata Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat.
Menulis catatan di Facebooknya semalam, Encik Heng berkata melihat ketidaktentuan meluas di masa hadapan selain cabaran yang perlu ditangani negara, ia adalah penting pilihan raya umum itu dilakukan sekarang, apabila situasi agak stabil.