Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

DPM Heng: Pemerintah bantu pekerja, perniagaan dalam Belanjawan

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memberi keutamaan kepada usaha membantu pekerja dan perniagaan membangun, berinovasi dan menyesuaikan diri kepada cabaran baru dalam Belanjawan tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semalam.



Pemerintah juga akan terus memberi sokongan kepada pekerja dan perniagaan, terutama dalam sektor yang paling teruk terjejas.



Namun Singapura perlu meneruskan transformasi ekonomi yang dimulakannya lima tahun lalu.



"Covid-19 telah mempercepat inovasi dan menjadikan lebih penting dan memberi keutamaan kepada keupayaan berdaya tahan.



"Dalam kita menangani cabaran pada masa ini, kita harus juga mempersiap pekerja dan perniagaan bagi dunia yang berbeza pasca Covid," ujar Encik Heng.



Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian semasa mengunjungi makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) firma teknologi Durapower semalam.



Tahun lalu, pemerintah memperuntuk hampir $100 bilion - termasuk sehingga $52 bilion dari rizab - menerusi lima belanjawan bagi membiayai langkah sokongan Covid-19 yang bertujuan memelihara pekerjaan, menyokong syarikat dan membantu pekerja terjejas.



Menurut ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura dijangka menguncup 5.8 peratus bagi 2020.



Menurut Encik Heng, meskipun Singapura telah mengelak kesan paling buruk, perjalanan untuk pulih tidak menentu dan tidak setara bagi setiap industri.



Encik Heng berkata beliau akan berkongsi butiran lanjut mengenai rancangan pemerintah membantu pekerja dan perniagaan berinovasi, membangun dan menyesuaikan diri dengan cabaran baru ini dalam kenyataan Belanjawan yang akan disampaikan pada 16 Februari ini.



Encik Heng juga menggariskan beberapa inisiatif yang dilancarkan tahun lalu untuk membantu pekerja dan perniagaan muncul lebih kukuh - dari usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan penjaja mendakap huraian digital kepada sokongan bagi syarikat pemula dan usahawan.



Lebih 100,000 peluang pekerja telah dicipta bagi pekerja menerusi Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited dan sumber tambahan telah diketepikan untuk menggalak lebih banyak pekerjaan dicipta, selain melatih warga berkhidmat dalam sektor baru, kata Encik Heng.



Sekitar $25 bilion juga diperuntuk untuk tujuan penyelidikan, usaha inovasi dan keusahawanan bagi lima tahun akan datang.



Encik Heng berkata banyak syarikat sedang menyesuaikan diri dan berinovasi untuk mencari peluang baru semasa krisis ini.



"Ia bukan mudah, tetapi kita perlu meneruskan usaha. Saya komited sepenuhnya untuk menyokong syarikat-syarikat ini dalam perjalanan mereka berinovasi dan melalui transformasi," ujarnya.



Belanjawan tahun ini akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.



Siaran webcast juga akan disiarkan di laman web Belanjawan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >