Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Perbincangan SG bangkit lebih kukuh pamer semangat ihsan

Lebih 16,900 sertai perbincangan sejak Jun lalu
ESC
Feb 10, 2021 | 05:30 AM



SOKONGAN sosial menjadi antara topik paling mendapat perhatian dalam satu siri dialog sejak Jun lalu mengenai cara Singapura boleh bangkit kukuh daripada pandemik Covid-19 melibatkan lebih 16,900 warga Singapura.



Hasil daripada Perbincangan untuk Bangkit Lebih Kukuh (ESC) Singapura Bersama itu, empat lagi perikatan ditubuhkan bagi pemerintah bekerjasama dengan rakyat untuk mencari pelbagai huraian.



Empat Perikatan untuk Bertindak Singapura Bersama (AfA) yang ditubuhkan itu akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperbaiki keharmonian kehidupan-bekerja, menggalak tanggungjawab sosial korporat, menggalak kemahiran dan celik digital serta menawarkan alat digital kepada mereka yang memerlukan.



Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat berkata lebih banyak perikatan sedemikian akan ditubuhkan.



"Sejajar dengan semangat Bersama Singapura, perbincangan ini akan membawa kepada tindakan," kata Encik Heng, mengulas tentang laporan ESC Bersama Singapura, yang dikeluarkan semalam.



Laporan tersebut merumuskan perbincangan menerusi 88 sesi ESC dan tinjauan.



Sokongan sosial merupakan antara 15 tema utama yang timbul daripada perbincangan itu.



"Ini amat menggalakkan kerana ia menunjukkan bahawa semangat ihsan dalam kalangan warga Singapura kekal kukuh," kata Encik Heng dalam satu pos di Facebook.



Sebanyak 14 tema lain termasuk identiti negara, pekerjaan dan ekonomi, digitalisasi, pentadbiran, pendidikan, kesihatan, penjagaan warga emas, kepelbagaian masyarakat, sekitaran, keluarga, kaum dan agama, keselamatan negara, serta seni dan sukan.



Siri dialog itu telah dilancarkan Encik Heng pada Jun tahun lalu untuk memahami pengalaman rakyat Singapura serta harapan mereka buat negara sedang ia bangkit daripada krisis Covid-19.



Encik Heng berkata kesemua pandangan dan maklum balas telah dimuat naik dalam talian untuk mengetahui lebih mendalam keprihatinan dan aspirasi rakyat Singapura.



Sesi perbincangan itu telah diterajui Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah.



Encik Lee, dalam satu kenyataan berkata: "Rakyat Singapura boleh menjangkakan pembukaan ruang dasar agar kita dapat bekerjasama dengan rakyat Singapura bagi memacu perubahan positif di Singapura."



Cik Indranee menambah: "Saya menggalak rakyat Singapura untuk terus tampil ke hadapan, mendengar dan memainkan peranan."



Laporan lanjut: 4 lagi bidang kerjasama untuk cari huraian bersama rakyat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >