Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo puji semangat wanita lanjut usia

Apr 11, 2017 | 05:30 AM



BELIAU pernah mengetuai mogok pelajar sewaktu umurnya 15 tahun.



Peristiwa itu bagai titik permulaan dalam perjalanannya yang penuh dengan pengalaman menarik.



Jelas sekali, pengalaman hidup Cik Saleha Md Shah, 83 tahun, amat luas.



Justeru, tidak hairanlah Timbalan Perdana Menteri (DPM) yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, menyifatkan Cik Saleha sebagai seorang yang "penuh semangat dan tenaga" dalam pos Facebook beliau semalam.



Dalam kunjungan istimewa ke rumahnya, Encik Teo sebenarnya ingin melawat suami Cik Saleha, Encik Mohd Som Duriat, 87 tahun, yang sakit dan baru pulang daripada hospital, namun sempat berborak bersama Cik Saleha.



"Saya betul-betul terharu. Tidak ada kata-kata sesuai yang dapat saya luahkan untuk mengucapkan terima kasih saya," kata Cik Saleha.



Namun, menurut Cik Saleha, ini bukan pertama kali beliau berinteraksi dengan Encik Teo.



Beliau pernah berjumpa Encik Teo sewaktu giat berkhidmat sebagai setiausaha Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Punggol East sekitar 15 tahun yang lalu sebelum memegang jawatan naib pengerusi.



"Dahulu, dalam setiap pilihan raya, saya akan menjadi salah seorang yang berucap di rapat umum. Jadi, saya duduklah sebaris dengan menteri-menteri lain," kata Cik Saleha.



Tetapi, bukan pengalaman sebegitu yang diimpikannya.



Menurutnya, beliau bercita-cita menjadi guru sejak beliau masih kecil, tetapi impian itu tidak tercapai.



"Selalunya selepas tamat darjah enam, pelajar boleh menjadi guru pelatih. Tetapi semasa tahun pengajian saya, tiada pengambilan bagi guru pelatih. Oleh itu saya memberontak dan mengetuai tindakan boikot peperiksaan akhir tahun," katanya, yang menambah bahawa pertama kali kisahnya disiarkan di akhbar adalah kerana beliau menjadi ketua mogok pelajar.



Sungguhpun begitu, cita-cita mahu menjadi guru yang terhambat itu tidak menjadi penghalang baginya berkhidmat.



Beliau berkecimpung dalam bidang kewartawanan sebagai penulis sambilan untuk akhbar Utusan Melayu.



"Walaupun tidak dapat menjadi guru, pengalaman sebagai penulis sambilan lebih baik bagi saya kerana ia mengajar saya berfikiran lebih terbuka," katanya.



Cik Saleha kemudian menjadi juruhebah radio dalam rancangan untuk sekolah Melayu sebelum menjadi editor majalah Fashion.



Menggunakan nama pena Haliza Md Som, majalah dalam tulisan Jawi itu merupakan majalah wanita Melayu pertama dengan edaran sekitar 100,000 di seluruh rantau ini dalam sebulan.



"Saya sengaja tukar nama saya dan menggunakan nama pena tersebut kerana tidak mahu rakan-rakan saya tahu identiti saya. Maklumlah... ketua mogok," kata beliau, berjenaka.



Jelas, Cik Saleha memiliki kemahiran yang berbagai-bagai. Beliau pernah menjadi ejen insurans dan membantu memasarkan produk Tupperware.



Sehingga kini, Cik Saleha tetap giat membantu penduduk yang tinggal di sekelilingnya.



"Kadangkala, mereka ke rumah saya untuk meminta bantuan atau nasihat berkenaan isu masyarakat," ujar beliau.



Bagi Cik Saleha, beliau berbakti bukan kerana nama, tetapi untuk masyarakat.



"Ini semua (berkhidmat untuk masyarakat) sudah menjadi darah daging saya," tambahnya.



Menurut Cik Saleha, Encik Teo sempat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepadanya supaya beliau dapat mengikuti perkembangan teknologi maklumat (IT).



"Saya terkejut juga. Selalunya, saya gunakan telefon bimbit bodoh... tapi saya dapat telefon bimbit pandai (smartphone) pula sekarang," ujarnya sambil tertawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >