USAHA untuk menjadi negara yang lebih bersih dan mengurangkan pembaziran memerlukan warga Singapura agar lebih bertanggungjawab dalam kehidupan harian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM) Tharman Shanmugaratnam semalam.
Beliau berkata bahawa Singapura sudah pun melangkah jauh dalam usaha menjadi 'bandar taman' dengan taman-taman serta pokok-pokok menghijau di serata kawasan.