Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong bentang Belanjawan Negara 14 Feb

Feb 06, 2023 | 03:08 PM



TIMBALAN Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong akan menyampaikan kenyataan Belanjawan tahun ini di Parlimen 14 Februari pada jam 3.30 petang.


Kementerian Kewangan (MOF), unit maklum balas pemerintah Reach dan Persatuan Rakyat dalam satu kenyataan bersama pada Isnin berkata Belanjawan akan disiarkan secara langsung di saluran TV dan media tempatan, seperti Channel 5 dan meWATCH.


Penyampaian oleh jurubahasa isyarat yang disediakan Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) juga boleh didapati di Channel 5.


Kenyataan Belanjawan akan disiarkan di laman web www.singaporebudget.gov.sg selepas ucapan itu, dengan maklumat terkini tentang pengumuman penting bakal diterbitkan di wadah media sosial MOF.


Orang ramai yang ingin menerima kenyataan penuh melalui e-mel boleh mendaftar di laman web MOF selewat-lewatnya jam 9 pagi pada 14 Februari.


Orang ramai yang ingin mengutarakan pandangan mereka tentang Belanjawan 2023 boleh berbuat demikian melalui laman web Belanjawan Singapura, laman web Reach atau laman media sosial Reach.


Reach juga akan mengadakan dua perbincangan fizikal mengenai Belanjawan – satu dalam bahasa Inggeris pada 17 Februari dan satu dalam bahasa Mandarin pada 20 Februari.


Peserta akan dapat memilih mana-mana topik berkenaan Belanjawan yang ingin dibincangkan di dialog itu.


Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan) Encik Chee Hong Tat akan menyertai perbincangan itu dan berkongsi pandangannya bersama Pengerusi Reach yang juga Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How bagi sesi Inggeris , dan Timbalan Pengerusi Reach yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua bagi sesi bahasa Mandarin.


PA dan pertubuhan akar umbinya juga akan menganjurkan dialog pascaBelanjawan untuk mendekati penduduk mengenai langkah Belanjawan 2023. Penduduk yang berminat boleh mendaftar di https://go.gov.sg/postbudget23 selewat-lewatnya pada 2 petang, 28 Februari ini.


Sambil Singapura bangkit daripada pandemik Covid-19 yang telah menjejas ekonomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramalan ekonomi dunia yang suram serta kemelesetan ekonomi yang diramalkan pakar terus menjadi keprihatinan besar bagi ramai warga.


Sedar akan kebimbangan orang ramai mengenai isu kos sara hidup, antara usaha pemerintah adalah pengagihan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $300 kepada isi rumah bagi membantu rakyat mengurangkan kesan inflasi dan kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >