Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Budaya unik Cina S'pura perlu dipelihara

Dec 03, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Cina setempat telah membangunkan budaya dan identiti yang unik dalam masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan budaya, dan ini yang perlu dipelihara dan disampaikan kepada generasi akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Satu aplikasi baru yang membolehkan pengguna meneroka secara dalam maya kuil Thian Hock Keng yang bersejarah - sebuah simbol budaya dan sejarah Hokkien - merupakan satu cara baik untuk menarik lebih ramai orang, khususnya golongan muda, belajar tentang warisan mereka, kata Encik Wong.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pembukaan Pesta Hokkien Singapura, di mana beliau juga melancarkan aplikasi tersebut semalam.



Kuil di Telok Ayer Street itu merupakan sebuah monumen negara dan terletak dekat Plaza Bangunan Hokkien Huay Kuan Singapura (SHHK), di mana pesta tersebut berlangsung.



"Saya ingin memuji kuil Thian Hock Keng kerana menggunakan teknologi untuk membolehkan lebih ramai orang, khususnya generasi muda, untuk mengetahui lebih banyak tentang sejarah dan seni bina kuil tersebut," ujarnya dalam bahasa Mandarin.



Kuil Thian Hock Keng, yang merupakan antara kuil Hokkien tertua dan paling penting di Singapura, dikunjungi pendatang dari China untuk menyampaikan rasa syukur mereka kepada dewi laut Mazu kerana telah melindungi pelayaran mereka.



Diterajui perintis awal termasuk dermawan Tan Tock Seng dan Si Hoo Keh, suku kaum Hokkien membina kuil itu pada 1839.



Diuruskan SHHK, ia diwartakan sebagai monumen negara pada 1973.



Encik Wong yang berketurunan Hainan namun boleh bertutur dalam dialek Hokkien kerana ibunya berketurunan Hokkien, berkata perintis Hokkien telah banyak menyumbang kepada ekonomi, pendidikan dan kebajikan sosial Singapura.



"Meskipun terdapat cabaran pada masa akan datang, kita dapat mengatasinya jika kita terus kekal bersatu, bekerja keras serta mengikut semangat juang dan sikap tanggungjawab sosial perintis awal.



Diadakan buat kali ketujuh, pesta yang diadakan setiap dua tahun itu berlangsung dari semalam hingga esok dan dianjurkan oleh SHHK, dengan disokong persatuan suku kaum berkaitan Fujian serta subsidiari dan sekolah yang berkaitan.



Dengan bertemakan 'Being Hokkien: Heritage · Culture · Food' (Menjadi Seorang yang Berketurunan Hokkien: Warisan · Budaya · Makanan), pesta tersebut memaparkan persembahan budaya Hokkien dan Cina setempat serta makanan Hokkien seperti mi sua tiram, bubur keladi dan gegulung udang.



Orang ramai juga boleh kunjungi pameran yang memaparkan artifak daripada kuil Heng San Teng di Silat Road, yang musnah dek dijilat api pada 1992.



Masyarakat Hokkien - kumpulan dialek Cina terbesar di sini - mempunyai leluhur dari wilayah Fujian.



Dianggarkan terdapat 1.2 hingga 1.4 juta orang Hokkien di Singapura, menurut SHHK.



Presiden SHHK, Encik Thomas Chua, berkata pesta itu merupakan wadah untuk memelihara dan menggalak budaya Hokkien serta membolehkan generasi muda memahami warisan mereka dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >