Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong buka tirai lawatan menteri ke kawasan undi

Oct 31, 2022 | 05:30 AM



LAWATAN Masyarakat Menteri (MCV), yang ditangguhkan selama dua tahun kerana pandemik Covid-19, telah disambung semula pagi semalam dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, melawat kawasan undi perseorangan Yio Chu Kang.



Encik Wong berkata MCV kali ini berbeza berbanding sebelumnya kerana kini melibatkan daya usaha Melakar Hala Tuju Singapura yang menggalak rakyat Singapura menawar idea dan maklum balas bagi memperkukuh perpaduan dan pembangunan sosial negara.



"Kami akan melakukan lebih banyak penglibatan penduduk di mana mereka berada untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mereka mengenai pelbagai isu dasar supaya kami dapat memahaminya secara mendalam bagi semakan dasar yang kami akan lakukan sebagai sebahagian daripada Melakar Hala Tuju Singapura," katanya.



Kehadiran Encik Wong disambut oleh Anggota Parlimen (AP) kawasan tersebut, Encik Yip Hon Weng.



Menurut Encik Yip, kawasan undi Yio Chu Kang didiami sekitar 38,000 penduduk dan 40 peratus daripada mereka berusia 65 tahun ke atas.



Sementara itu, Encik Wong menyatakan, menteri generasi keempat (4G) akan mengadakan MCV setiap dua minggu sekali pada hujung minggu dan meliputi seberapa banyak kawasan undi yang mungkin.



Keutamaan akan diberikan kepada kawasan undi yang ditadbir AP kali pertama. Tambahnya, MCV dirancang diteruskan sehingga September tahun depan.



"Sekarang kita sedang menuju ke arah peralihan kepimpinan dan para menteri 4G merupakan kumpulan kerja Melakar Hala Tuju Singapura.



"Saya rasa adalah wajar bagi mereka, yang bertanggungjawab terhadap semakan dasar yang berbeza-beza di bawah tunggak Melakar Hala Tuju Singapura, melakukan lawatan masyarakat," kata beliau.



Seperti lawatannya di Yio Chu Kang, lawatan akan datang melibatkan pertubuhan akar umbi dan pelbagai rakan masyarakat dan pihak berkepentingan.



"Kami mahu mengukuhkan perkongsian kami dengan pihak-pihak berkepentingan yang berbeza, melihat cara di mana projek berbeza atau pertubuhan masyarakat berbeza boleh melakukan lebih banyak lagi.



Kami juga ingin mengenal pasti amalan terbaik yang boleh dipertingkatkan di bahagian lain di Singapura," ujar beliau.



DPM Wong menyenaraikan projek Menyelamatkan Makanan Yio Chu Kang, yang ditubuhkan oleh sukarelawan masyarakat untuk mengurangkan pembaziran makanan, serta inisiatif kejiranan mesra demensia di Yio Chu Kang sebagai contoh projek yang ingin pemerintah fahami dan bekerjasama dengan lebih baik lagi.



Ditanya jika lawatan MCV dijadualkan sehingga September tahun depan bermakna pilihan raya umum hanya diadakan selepas itu, beliau berkata lawatan berkenaan tiada kaitan dengan pilihan raya.



"Ini adalah sesuatu yang kita lakukan dalam setiap penggal tetapi lawatan telah terhenti akibat Covid-19," ujar beliau.



LAPORAN SELANJUTNYA: Yio Chu Kang estet mesra warga emas dan demensia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >