Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong dilantik timbalan pengerusi GIC mulai 1 Okt

Sep 25, 2023 | 03:15 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan berkhhidmat sebagai timbalan pengerusi dana harta negara GIC mulai 1 Oktober, menurut laporan The Straits Times.


Jawatan itu dikosongkan selepas Presiden Tharman Shanmugaratnam berundur pada Julai 2023 untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden pada September lalu yang telah beliau menangi.

Encik Tharman mengangkat sumpah sebagai Presiden kesembilan Singapura pada 14 September.

Dalam peranan barunya sebagai timbalan pengerusi, Encik Wong – yang telah menjadi anggota lembaga pengarah GIC sejak November 2018 – akan membantu pengerusi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dalam mengetuai lembaga itu dalam mengawasi peruntukan aset jangka panjang dan prestasi portfolio GIC.

Pada Julai tahun ini, Encik Wong telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa strategi pelaburan GIC, menyusuli peletakan jawatan Encik Tharman.

Encik Wong juga menggantikan Encik Tharman sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Julai, dan pelantikannya berlangsung sehingga 31 Mei 2026.

Beliau, yang juga merupakan Menteri Kewangan, adalah pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa Lembaga Pembangunan Ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >