Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong gariskan usaha bantu pekerja bergaji rendah

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH menangani jurang pendapatan merupakan hanya satu aspek dalam usaha menyokong pekerja bergaji rendah di Singapura.



Berkata demikian semasa berucap di bengkel Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (gambar) , menggariskan pelbagai aspek dan usaha lain yang boleh dijalankan untuk mempertingkat kesejahteraan pekerja bergaji rendah.



Ini termasuk menyediakan peluang bagi mereka meningkatkan kemahiran serta menyediakan sekitaran kerja yang lebih baik buat mereka.



Namun, usaha ini memerlukan sokongan majikan, ujarnya.



"Mereka memainkan peranan yang penting dan... majikan perlu mengubah tanggapan mereka juga, memahami pentingnya sumbangan setiap pekerja, melihat pada perbezaan gaji dalam pertubuhan mereka dan lebih penting lagi, menghargai sumbangan setiap pekerja mereka.



"Ini merupakan peranan amat penting yang boleh dimainkan majikan kerana walau apa pun, pastinya terdapat gaji yang berbeza dalam sebuah pertubuhan... tetapi bagaimana untuk memastikan jurangnya kompak?



"Dan lebih penting lagi, bagaimana untuk memastikan setiap pekerja dihargai? Ini penting kerana ia satu perkara untuk mengecilkan jurang gaji tetapi bagaimana untuk mengurangkan jurang status pula?" ujar Encik Wong.



Usaha tingkat kesejahteraan pekerja bergaji rendah keutamaan pemerintah



Akur bahawa usaha mengurangkan jurang status antara pekerja itu bukan mudah, Encik Wong yang juga Menteri Kewangan berkata usaha ini memerlukan perubahan tanggapan.



"Bagaimana boleh kita galak orang ramai mengiktiraf dan menghargai sumbangan, maruah dan nilai setiap pekerja tanpa mengira gaji mereka?" ujarnya.



Bengkel AfA bagi Pekerja Bergaji Rendah yang berlangsung di Bangunan Pentadbiran Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu adalah yang ketiga di bawah fasa kedua AfA bagi Pekerja Bergaji Rendah itu yang bermula Mei lalu.



Bengkel itu dihadiri sekitar 30 anggota AfA tersebut.



AfA bagi Pekerja Bergaji Rendah dilancarkan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah pada Mac tahun lalu.



Usaha itu bertujuan menyatukan pihak berkepentingan dalam masyarakat yang berminat menjalankan projek untuk mempertingkat pekerja bergaji rendah.



Sedang Singapura kini giat menjalankan inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore) - yang bertujuan mengemas kini kompak sosial negara ini - idea dan saranan baru yang timbul hasil perbincangan AfA bagi Pekerja Bergaji Rendah itu juga boleh disumbang kepada gerakan nasional itu.



"Sedang pemerintah, majikan, pemimpin kesatuan sekerja dan pekerja... bekerjasama, kita harus melihat apa lagi yang boleh kita buat untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja bergaji rendah di Singapura serta menjadi masyarakat yang lebih padu dan inklusif,"ujar Encik Wong.



Beliau turut menarik perhatian bahawa usaha meningkatkan kesejahteraan pekerja bergaji rendah kekal sebagai keutamaan penting bagi pemerintah.



Oleh itu, pemerintah telah menggunakan lebih banyak sumber untuk mempertingkat pekerja bergaji rendah termasuk untuk membantu majikan memperkenal gaji progresif bagi pekerja bergaji rendah.



Tambahnya, pemerintah juga membiayai bersama kenaikan gaji itu untuk memudahkan peralihan ini.



Dengan gaji progresif bersama Workfare, Encik Wong berkata mereka mahu pekerja bergaji rendah di Singapura mempunyai gaji permulaan yang lebih tinggi.



"Namun kami juga mahu mereka mendapat perkembangan kerjaya yang berterusan sepanjang mereka bekerja.



"Ini bukan sahaja bermakna gaji permulaan yang baik tetapi kenaikan gaji yang baru itu turut diikat dengan tangga kemahiran," ujarnya.



Tambahnya, satu ciri utama dalam konteks Singapura adalah pemerintah negara ini bekerjasama dengan majikan, pemimpin kesatuan sekerja dan pekerja sebagai sebuah perikatan tiga pihak, bukan mencapai huraian dengan pendekatan yang dipandu pihak atasan ke bawah sahaja.



Meskipun pendekatan sedemikian mengambil masa lebih lama kerana perlunya mencapai sepersetujuan, Encik Wong berkata pendekatan ini boleh mencapai huraian yang lebih berpanjangan yang berkesan dan meninggalkan kesan pada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >