Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong lawat M'sia, bincang tingkat kerjasama dua hala

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang kini sedang mengadakan lawatan ke Malaysia telah bertemu dengan beberapa pemimpin negara itu serta tokoh politik lain dan personaliti perniagaan Malaysia.



Ini merupakan lawatan rasmi pertama Encik Wong ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Jun lalu.



Selain bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada hari kedua lawatannya semalam, Encik Wong juga telah bertemu dengan Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Hussein.



Mereka berbincang cara untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Singapura dengan Malaysia serta dalam Asean.



Sebelum pertemuan itu, Encik Wong juga telah memeriksa Kawalan Kehormatan Kementerian Pertahanan Malaysia.



Beliau juga telah bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.



Mereka berbincang tentang bagaimana Singapura dan Malaysia boleh memperkukuh kerjasama kewangan dalam pelbagai bidang termasuk kewangan mampan, bayaran digital rentas sempadan, usaha memerangi penipuan serta kestabilan kewangan serantau.



Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, memulakan lawatan empat harinya ke Malaysia kelmarin dengan sesi bermain gitar dan teh tarik bersama Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.



Memuat naik gambar beliau bersama Tengku Zafrul bersama gitar mereka di laman Facebook beliau, Encik Wong yang juga Menteri Kewangan, berkata:



"Inilah yang berlaku apabila Menteri Kewangan Singapura dan Malaysia bersama.



"Kami bermain muzik dengan gitar yang dibuat di (Singapura dan Malaysia). Saya bermain (gitar) yang diperbuat di Malaysia manakala (Tengku Zafrul) bermain (gitar) yang diperbuat di Singapura!"



Encik Wong turut dijamu makan malam oleh Tengku Zafrul dan mereka bertukar pandangan tentang cabaran dan peluang bagi Singapura dan Malaysia di tengah-tengah pelbagai cabaran ekonomi sedunia dan perkembangan geopolitik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >