Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

DPM Wong: Pemerintah, pembangkang perlu tolak pendekatan populis bagi elak oportunisme politik

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



KEDEDUA pihak, pemerintah dan pembangkang, perlu tegas dalam menolak pendekatan populis untuk mengelakkan oportunisme politik berakar di Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Beliau berkata sentimen populis boleh memecahbelahkan demokrasi di negara lebih besar, dan Singapura tidak terkecuali daripada ancaman itu.



Justeru, semua pihak di Parlimen perlu bersama menyokong demokrasi yang semakin matang serta menolak sembarang sentimen populis, kata Encik Wong semasa memberi respons beliau terhadap komen Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, pada hari terakhir perbahasan mengenai Ucapan Presiden pada Jumaat.



Encik Pritam sebelum itu berkata beliau tidak menjangka Encik Wong menggunakan peluangnya berucap semasa perbahasan mengenai Ucapan Presiden pada Isnin untuk menuduh Parti Pekerja (WP) mengemukakan idea bersifat oportunistik atau populis bagi mengurangkan kepercayaan terhadap pemerintah.



Membalas, Encik Wong berkata Encik Pritam mempunyai pemahaman berbeza mengenai cara Encik Wong menyifatkan beberapa saranan oleh pembangkang, namun beliau sedia menerima pandangan tersebut, dan berkata mereka "perlu bersetuju untuk tidak bersetuju."



Encik Wong berkata beliau percaya ada peranan yang perlu dimainkan oleh pembangkang dalam politik dan demokrasi, dan dalam berkempen idea dan saranan mereka bagi memastikan pemerintah yang dipilih bertanggungjawab dan bagi menawarkan alternatif serius kepada pemerintah.



Singapura juga perlu belajar daripada negara lain di mana sentimen populis kian berakar dan menjejas serta memecahbelahkan warganya.



"Populisme dalam politik ini berpura-pura ada jawapan mudah bagi isu rumit, kerana (realitinya) ia tidak ada.



"Jika populisme seperti ini bertapak di Singapura, pada jangka pendek, parti yang mengemukakan dasar bersifat populis akan mendapat kelebihan tetapi pada jangka panjang akan menyebabkan kerosakan besar terhadap Singapura dan rakyatnya," ujar Encik Wong.



Pemerintah, katanya, menolak sebarang sentimen populis dan melakar dasar secara jujur dan berwibawa.



Meskipun Encik Pritam berkata pembangkang belum bersedia membentuk pemerintah seterusnya, Encik Wong berkata dalam politik perkara boleh berlaku dengan cepat, sambil menambah "anda harus mula memikirkan agenda yang akan anda tawarkan kepada rakyat Singapura dan apa yang akan anda lakukan jika anda membentuk pemerintah".



"Jika ada satu perkara yang saya harap kita semua boleh ambil daripada perbahasan ini, dan memandangkan ada beberapa pemahaman sama tentang perkara ini daripada apa yang saya dengar daripada ucapan Encik Pritam, satu hasil yang mungkin kita dapat katakan kepada rakyat Singapura ialah ini: bahawa bersama dalam Dewan ini, kedua-dua belah Dewan ini menyokong demokrasi yang semakin matang, pemerintah yang serius dan pembangkang yang serius - kami katakan ya kepada semua itu.



"Tetapi kami katakan tidak kepada pendekatan populis dan oportunisme politik berakar dalam Dewan ini dan di Singapura, " kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >