Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong sertai mesyuarat ketua kewangan G7 di Jepun

May 12, 2023 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menghadiri mesyuarat ketua kewangan dan gabenor bank pusat Kumpulan Negara G7 (G7) di Niigata, Jepun pada Jumaat, di mana Singapura diundang sebagai pemerhati.



Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), republik ini antara enam negara bukan G7 yang diundang ke mesyuarat itu.



Mesyuarat tiga hari itu bermula Khamis akan membincangkan cara mengukuhkan kerjasama ekonomi dan kewangan antara pasaran membangun dan ekonomi maju, kata MOF.



Persidangan tersebut diadakan di tengah-tengah keadaan tidak menentu ekonomi dunia, selepas beberapa tahun terjejas oleh pandemik, ditambah pula perang yang dilancarkan oleh Russia.



Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Cik Janet Yellen, akan menumpukan ucapannya semasa persidangan tersebut kepada soal "cabaran bersama - termasuk yang bersangkutan dengan peperangan secara tidak sah oleh Russia di Ukraine," kata Jabatan Perbendaharaan, lapor AFP.



Kestabilan perbankan, rantaian bekalan lebih kukuh, peraturan kripto dan dana iklim, akan turut menjadi tajuk perbincangan dalam kalangan menteri, pemimpin bank-bank pusat dan ketua-ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Bank Dunia.



Menteri Kewangan Jepun, Encik Shunichi Suzuki, awal minggu ini menegaskan peri perlunya kewaspadaan terhadap krisis perbankan, yang dijangka turut ditimbulkan secara meluas dalam perbincangan nanti.



Menteri Kewangan Ukraine, Encik Sergii Marchenko, juga akan menyertai rundingan secara maya.



Singapura bukan anggota G7, mahupun forum ekonomi utama Kumpulan 20 (G20), namun kerap diundang sebagai pemerhati di mesyuarat G20. Kehadiran negara ini dalam mesyuarat G7 pula sesuatu yang jarang berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >