Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: S'pura perlu pendekatan terbuka sambil kembang bakat setempat

Oct 19, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA harus sentiasa mengambil pendekatan untuk kekal terbuka kepada bakat terbaik sambil mengembang warganya untuk terus maju, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.



Negara ini mesti terus menarik syarikat dan bakat terbaik untuk melakukan kerja canggih dan meneroka peluang baru, tambahnya.



Beliau juga menambah ekonomi Singapura meletakkan premium terhadap keupayaan kognitif dan tidak memberikan nilai yang secukupnya terhadap kerja-kerja 'tangan dan hati' termasuk bidang teknikal, perkhidmatan dan penjagaan masyarakat.



"Terdapat keperluan untuk berusaha walaupun menyakitkan, untuk melihat cara mereka semula pekerjaan, meningkatkan produktiviti, meningkatkan kemahiran dan membentuk perkembangan kerjaya bagi pekerja,'' kata Encik Wong, semasa berucap dalam satu forum anjuran Persatuan Ekonomi Singapura di Hotel Regent Singapore.



Forum tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pendekatan Melakar Hala Tuju Singapura.



Encik Wong berkata persekitaran ekonomi global telah menjadi tidak menentu dan sentiasa bergolak, dengan hubungan antara Amerika-China yang semakin teruk sedang dunia memasuki pertumbuhan yang lebih rendah dan persekitaran inflasi lebih tinggi.



Apa yang penting adalah Singapura terus menyegarkan dan mengemas kini strategi ekonominya dan memanfaatkan sepenuhnya satu sumbernya - iaitu modal insan, katanya.



Untuk berbuat demikian, pemerintah akan melabur lebih banyak sumber dalam latihan kemahiran, dengan fokus pada membangun lebih ramai pakar dan pemimpin warga Singapura merentasi semua sektor ekonomi, kata Encik Wong.



Beliau memberi contoh bagaimana usaha untuk membangunkan sektor perkhidmatan kewangan telah menghasilkan lebih 3,000 warga Singapura memegang peranan dalam bank dan institusi kewangan buat masa kini, dengan kebanyakan mereka bukan sahaja mengetuai pejabat Singapura tetapi juga memegang jawatan serantau di sini dan luar negara.



"Kita akan melakukan segala yang kita boleh untuk memberi warga Singapura kelebihan tambahan itu dengan banyak melabur dalam keupayaan dan kemahiran mereka," katanya.



Encik Wong juga menegaskan bahawa lebih 660,000 warga Singapura telah meraih manfaat daripada pogram disokong SkillsFuture tahun lalu, di tengah-tengah peningkatan berterusan bagi skim tersebut.



Tetapi untuk pekerja terus bersaing dan kekal relevan, mereka akan perlu berupaya membina kemahiran mendalam dan memperoleh keupayaan lebih mendalam dari semasa ke semasa, katanya.



Walaupun peningkatan kemahiran yang singkat mungkin mencukupi untuk sesetengah pekerja kekal relevan, namun bagi kebanyakan orang, kursus pendek seperti itu tidak mencukupi, terutama apabila industri sedang mengalami perubahan dan transformasi yang begitu dramatik.



"Kita semua akan memerlukan usaha yang lebih meluas untuk meningkatkan kemahiran kita dan kekal relevan di tengah-tengah perubahan keperluan industri, atau bahkan untuk beralih ke sektor baru yang mana terdapat lebih banyak peluang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >