Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong temui Sultan Brunei, setuju luaskan kerjasama pelbagai bidang

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah bertemu Sultan Hassanal Bolkiah di Brunei kelmarin sempena lawatan kerja luar negara pertamanya sebagai DPM.



Encik Wong, yang ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Kewangan (MOF), dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), juga bertemu Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah.



Dalam catatannya di Facebook malam kelmarin, Encik Wong berkata kedua-dua negara mengesahkan hubungan mereka serta bersetuju memperluas kerjasama dalam beberapa bidang termasuk pendidikan dan peluang pekerjaan luar negara bagi kakitangan awam.



Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Singapura dan Brunei mempunyai hubungan lama yang melangkaui zaman kemerdekaan kedua-dua negara itu.



"Sebagai dua negara paling kecil dalam Asean, kami bekerjasama dengan rapat untuk membantu antara satu sama lain, dan memperkukuh daya ketahanan kami dalam dunia yang dipenuhi ketidaktentuan," katanya sambil menambah kerjasama itu yang membuat kedua-dua negara bangkit semula dari pandemik.



"Sebab itu saya memilih Brunei negara lawatan kerja saya yang pertama bagi 2023 - untuk memperkukuhkan semula hubungan itu dan memperluas kerjasama dalam bidang baru seperti pendidikan, peluang pekerjaan bagi kakitangan awam, daya ketahanan rantaian bekalan dan ekonomi hijau," kata beliau lagi.



Ini merupakan lawatan pertama Encik Wong sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berlangsung dua hari bermula Rabu lalu.



Selain Sultan dan Putera Mahkota, rombongan Singapura itu turut bertemu Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah; Penasihat Khas Sultan dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Pehin Dato Haji Awang Isa; dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dato Dr Awang Haji Mohd Amin Liew.



Dr Balakrishnan dalam catatannya semalam berkata lawatan itu bersama DPM Wong merupakan lawatan yang sangat bermanfaat baginya.



"Singapura dan Brunei merupakan sahabat rapat dan mempunyai hubungan istimewa yang berlandaskan sejarah serta hubungan antara rakyatnya," katanya.



Dr Balakrishnan berkata beliau berbesar hati kerana berpeluang bertemu dengan komuniti warga Singapura yang berada di Brunei.



"Saya rasa bahagia kerana dapat mempelajari daripada mereka pengalaman mereka menetap di Brunei. Antaranya ialah cara mereka menyokong antara satu sama lain sebagai satu masyarakat dan mengekalkan hubungan mereka dengan keluarga dan teman mereka di tanah air.



"Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kami di Brunei dan memperluas lagi usaha kolaborasi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >