Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Dr Intan: Iktiraf pekerja berdasarkan bakat, kemahiran dan komitmen

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dr Intan: Iktiraf pekerja berdasarkan bakat, kemahiran dan komitmen

May 28, 2014 | 07:54 PM

MAJIKAN perlu mengiktiraf kemahiran dan bakat menjangkaui pencapaian akademik, kata Anggota Parlimen (GRC Ang Mo Kio), Dr Intan Azura Mokhtar di Parlimen tadi.

Usaha ini boleh diterajui sektor perkhidmatan awam dengan memupuk potensi warga.

"Di kalangan kita terdapat individu yang lewat untuk berkembang - yang mungkin tidak melakukan sebaiknya dalam peperiksaan - tetapi menonjolkan potensi sebenar mereka hanya setelah mereka mula bekerja atau setelah lebih dewasa.

"Ada juga di kalangan kita yang tidak cemerlang dalam peperiksaan utama - kerana situasi peribadi, keluarga atau kewangan pada masa itu - yang mungkin mempunyai potensi dari segi idea, komitmen dan kemahiran," kata Dr Intan.

Beliau berharap, bukan pemegang biasiswa atau golongan bukan graduan universiti boleh diiktiraf dan dinaikkan pangkat berdasarkan kemahiran, keupayaan dan komitmen mereka, sama seperti golongan pemegang biasiswa atau graduan universiti.

"Mereka tidak harus dalam posisi di mana jika mereka bukan cendekiawan atau graduan universiti, prospek kenaikan pangkat mereka lebih rendah atau mereka tidak boleh memegang jawatan kepimpinan," tambah Dr Intan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3