MENTERI Penyelaras bagi Prasarana yang juga Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan telah melantik 13 orang untuk menganggotai lembaga Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) mulai 2 Februari 2018.
Dua anggota yang baru dilantik termasuk Pengarah Pengurusan MediaCorp Press, Encik Walter Fernandez dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pengurusan Keppel Offshore & Marine, Encik Chris Ong Leng Yeow.