Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GEMPA BUMI DI TURKEY, SYRIA

Dua beradik 'digegar' dari tidur semasa gempa melanda

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



GEGARAN yang dirasakan Encik Tajjlee Rahim, 35 tahun, dan adiknya, Cik Sriwayuni, 29 tahun, masih lagi terngiang di benak mereka.



Di kala masih enak dibuai mimpi di dalam bilik Hotel Dedeman di Sanliurfa - sebuah bandar di Turkey yang terletak tidak jauh dari pusat gempa - dua beradik ini dikejutkan dengan gegaran sekuat 7.9 magnitud pada skala Richter sekitar 4 pagi kelmarin.



Bandar tersebut merupakan antara salah satu kota tujuan dalam percutian mereka selama dua minggu yang bermula Selasa lalu.



Pada mulanya, Encik Tajjlee menyangka gegaran tersebut adalah akibat ribut salji kerana ramalan cuaca sebelum ini menyatakan barangkali akan berlaku ribut salji.



Ternyata, ia lebih buruk daripada itu kerana menurut beliau, gempa bumi itu berlarutan untuk beberapa minit, disusuli beberapa gegaran susulan.



"Pada waktu itu, saya tidak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku dan saya berketar ketakutan.



"Saya mendakap adik saya... cuba cari tempat perlindungan dan berdoa agar kami tidak ditimpa apa-apa," ujar Encik Tajjlee.



Mereka merupakan antara segelintir warga Singapura yang mengalami gempa bumi semasa ia melanda Turkey dan barat laut Syria kelmarin - gempa tersebut sejauh ini telah meragut lebih 5,000 nyawa.



Semasa dihubungi Berita Harian (BH), Encik Tajjlee, pemilik perniagaan makanan dalam talian, berkata beliau dan adiknya dalam keadaan baik dan sudah berhubungan dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) untuk memaklumkan keadaan mereka.



Mereka kini berada di bandar Cappadocia bagi melanjutkan jadual perjalanan yang diubah suai kerana agak payah untuk membuat perubahan dengan syarikat penerbangan buat masa ini.



Encik Tajjlee menambah beliau dan adiknya terkunci di dalam bilik hotel kerana pintu tidak dapat dibuka selepas gempa melanda sebelum kakitangan hotel memecahkan mangga pintu untuk membukanya.



"Apabila gegaran mula reda, kami beredar ke lobi hotel dan dapat lihat kaca yang retak dan pecah.



"Sudah tentu suasana riuh-rendah. Kami dapat lihat beberapa orang berlari di jalanan dan anak-anak kecil yang menggigil kesejukan," tambah beliau.



Beliau juga menjelaskan beliau agak terkilan melihat beberapa bangunan dan mercu tanda yang runtuh oleh kerana pada hari sebelumnya, mereka baru sahaja menjamu selera di salah satu restoran di bangunan yang terjejas.



"Hanya sekitar 12 jam yang lalu, kami baru saja menziarahi beberapa bangunan (yang telah runtuh) jadi sememangnya kami terkejut... dan juga bersyukur kami selamat," tambah Encik Tajjlee.



Pengalaman ini juga membuka mata Encik Tajjlee dan adiknya kerana mereka dapat lihat pelbagai bangsa menggembleng tenaga untuk "menolong antara satu sama lain" tidak kira latar belakang, sungguhpun dalam ketakutan (jika terperangkap dalam gempa susulan).



"Misalnya orang ramai tampil bagi membantu kami mengemas barangan kerana kami hanya diberi lima minit untuk kembali ke bilik hotel dan mengambil barang yang diperlukan."



Dalam pada itu, angka korban dijangka terus meningkat di kala kerja-kerja menyelamat dipergiat dalam cuaca sejuk.



Beberapa negara juga turut menghantar pasukan penyelamat untuk membantu dalam operasi menyelamat - antaranya Britain, China dan Greece.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >