Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua daripada lima BTO terjejas dek pembubaran Greatearth, siap

BTO
Feb 28, 2022 | 05:30 AM



PENANTIAN sebahagian pembeli flat lima projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tertangguh disebabkan pembubaran kontraktor utama telah berakhir, setelah pembinaan dua projek itu selesai lebih awal dari tarikh siap baru.



Seramai 782 pemilik flat BTO Senja Ridges dan Senja Heights di Bukit Panjang telah mula mengambil kunci rumah baru mereka sejak akhir Januari, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan semalam.



Senja Ridges dan Senja Heights adalah antara lima projek BTO perumahan awam yang terjejas setelah kontraktor utama, Greatearth Corporation dan Greatearth Construction, menghadapi masalah kewangan dan menghentikan pembinaan pada Ogos 2021.



Senja Ridges, yang merupakan sebuah blok dengan 230 unit, sepatutnya selesai pada suku terakhir tahun lalu tetapi ditangguhkan ke suku pertama tahun ini.



Projek itu disiapkan oleh kontraktor baru, Teambuild Engineering & Construction, bulan lalu.



Senja Heights, terdiri daripada dua blok dengan 552 unit, seharusnya siap pada suku akhir tahun lalu dan suku pertama tahun ini tetapi dianjak selama satu suku.



Dua blok itu disiapkan oleh kontraktor baru, Newcon Builders, Disember lalu dan bulan ini.



Menurut HDB, tiga lagi projek BTO yang tertangguh - Sky Vista @ Bukit Batok, Marsiling Grove dan West Coast Parkview - menunjukkan "kemajuan baik" dan akan disiapkan menjelang tarikh siap baru.



Mengambil kira masa yang diperlukan untuk kontraktor baru mula mengambil alih projek-projek itu, kesemua lima projek itu pada mulanya menghadapi penangguhan tiga bulan.



Namun, HDB bekerjasama rapat dengan kontraktor baru untuk mempercepat kerja pembinaan bagi masa yang sudah hilang, kata HDB.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDB, Encik Tan Men Dui, berkata:



"Walaupun dengan cabaran persekitaran yang amat mencabar dek pandemik ini, HDB berjaya bangkit dan pulih daripada kebanyakan kerja yang tertangguh akibat pembubaran Greatearth.



"Kami berterima kasih kepada konsultan dan kontraktor projek atas kerja keras serta perkongsian rapat mereka, untuk bekerjasama dengan pasukan projek kami dalam memantau perkembangan kerja di tapak binaan dan dalam menangani isu yang timbul dengan cepat."



Baki tiga projek itu masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam tempoh yang telah disasarkan.



Encik Tan juga mengucapkan terima kasih kepada pemilik flat atas kesabaran dan pemahaman mereka.



"Kami kekal fokus untuk menyampaikan baki tiga projek dengan komitmen mengikut garis masa sepanjang tahun ini dan tahun seterusnya



"Pembinaan projek-projek ini sedang berjalan dengan baik, dengan kerja struktur dan juga beberapa kerja seni bina sedang dijalankan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >