Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Dua didakwa tipu WDA lebih $240,000

Antara Julai 2014-Julai 2015, mereka didakwa terlibat dalam konspirasi tipu libatkan geran yuran kursus, geran gaji bagi pekerja tidak hadir
Jan 22, 2022 | 05:30 AM



DUA individu telah didakwa bekerjasama untuk menipu Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA), kini dikenali sebagai SkillsFuture Singapura, untuk mengagihkan geran berjumlah lebih $240,000 kepada beberapa syarikat.



Firma itu termasuk D'Beautimage, Pink Valaris dan Color Face Academy.



Kededuanya juga dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menipu WDA dengan cuba mendorong agensi itu untuk mengeluarkan lebih banyak wang berjumlah lebih $350,000.



Wang itu tidak diberikan kepada firma dan dokumen mahkamah tidak pula mendedahkan mengapa wang itu tidak diserahkan.



Xu Feng Jia, 37 tahun, dan Oh Poh Geok, 56 tahun, masing-masing didakwa atas 52 tuduhan menipu.



Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 2014 dengan 2015.



Setiap tuduhan menipu didakwa melibatkan jumlah antara $2,500 dan lebih $42,000.



Kededuanya juga menghadapi pelbagai tuduhan memalsukan akaun, lapor The Straits Times.



Carian di laman web Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) menunjukkan bahawa mereka memegang jawatan utama dalam beberapa syarikat.



Antara lain, Oh merupakan ketua pegawai eksekutif sekolah pengurusan jurusolek, Color Face International, manakala Xu pengarah di syarikat itu.



Kededua warga Singapura itu berkongsi alamat yang sama tetapi dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada mereka mempunyai kaitan antara satu sama lain.



Antara Julai 2014 dengan Julai 2015, mereka didakwa terlibat dalam konspirasi untuk menipu WDA bagi mengeluarkan geran yuran kursus dan geran gaji bagi pekerja tidak hadir di bawah inisiatif Skim Latihan Berasaskan Pembiayaan Majikan.



Sebuah syarikat bernama Angel Oh In House kemudiannya dikatakan telah memohon kursus "Anugerah CIBTAC Tahap 3 dalam Solekan Penyamaran" bagi sekumpulan individu.



CIBTAC merujuk kepada Perikatan Terapi Kecantikan dan Ilmu Persolekan Antarabangsa.



Syarikat Angel Oh In House didakwa membuat pengisytiharan palsu, menyatakan bahawa kumpulan itu adalah pekerja dalam senarai gajinya.



Akibatnya, WDA telah ditipu untuk mengeluarkan lebih $42,000 kepada Angel Oh In House.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana syarikat itu dikaitkan dengan Oh dan Xu.



Pasangan itu dituduh menggunakan kaedah yang sama untuk menipu WDA pada kesempatan lain.



Kes mereka telah ditangguhkan ke bulan depan.



Bagi setiap pertuduhan menipu, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >