Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua ditangkap, 2,500 karton rokok haram dirampas dalam operasi

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



DUA lelaki warga Bangladesh berusia 23 dan 28 tahun telah ditangkap manakala 2,500 karton dan 19 batang rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi pada 22 Disember lalu, kata Kastam Singapura.



Dalam satu operasi di Gul Circle, pegawai kastam telah menjalankan pemeriksaan terhadap dua lelaki tersebut, dekat sebuah bangunan perindustrian kosong.



Salah seorang daripada mereka telah dilihat memanjat pagar logam bangunan berkenaan.



Kedua-dua lelaki itu cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap para pegawai kastam.



Pegawai kemudian menggeledah sebuah unit stor di tapak itu dan menemui 1,097 karton rokok tidak dibayar cukai. Suspek lalu ditangkap.



Pegawai kastam kemudian juga menemui lagi tiga karton dan 19 batang rokok haram di pekarangan Gul Circle dan dalam barang yang dimiliki salah satu lelaki itu.



Siasatan mendapati bahawa kedua-dua lelaki itu telah didakwa mengambil rokok tersebut dari peti plastik hitam dalam bangunan yang kosong itu, lalu membungkusnya ke dalam beg sampah warna hitam untuk dihantar oleh orang tidak diketahui.



Pegawai yang menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas bangunan berkenaan menemui lagi 1,400 karton rokok haram di unit lain.



Kesemua rokok yang tidak dibayar cukai itu dirampas dengan nilai duti dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak dibayar masing-masing berjumlah sekitar $213,500 dan $16,990.



Prosiding mahkamah sedang dijalankan terhadap kedua-dua lelaki tersebut.



Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang tidak dibayar, penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.



Kenderaan yang digunakan bagi kegiatan berkenaan juga boleh disita.



Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan membayar duti atau GST boleh menghubungi Kastam Singapura di talian 1800-233-0000 atau e-mel ke customs_intelligence@customs.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >