Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua firma diarah henti kerja, didenda langgar keselamatan di tempat kerja

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



DUA syarikat telah dikenakan Arahan Berhenti Kerja dan denda selepas pelbagai keadaan tidak selamat ditemui di premis mereka.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah menjalankan pemeriksaan di premis Soon Bee Huat Trading pada 23 Jun lalu dan DA Engineering pada 16 Ogos lalu dan menemui pelbagai keadaan berbahaya termasuk kakitangan yang tidak diberi kebenaran mengendalikan mesin berat, mesin yang tidak dilindungi, rak-rak simpanan yang terlebih muatan, dan kekurangan pengemasan yang betul.



Akibatnya, kedua-dua syarikat itu dikenakan Arahan Berhenti Kerja. Pada masa yang sama, Soon Bee Huat Trading dikenakan denda komposisi berjumlah $15,000 manakala DA Engineering pula $8,000.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata keadaan kerja tidak selamat adalah kemalangan yang menunggu masa untuk berlaku.



Dengan pelancaran Tataamalan mengenai Tanggungjawab Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Ketua Eksekutif dan Lembaga Pengarah, Encik Zaqy berkata budaya keselamatan dan tempat kerja yang selamat harus diterajui kepimpinan syarikat.



"Mereka mesti mengambil pemilikan lebih besar terhadap keselamatan tempat kerja, dan bertanggungjawab atas keadaan atau amalan yang buruk.



"Pada masa yang sama, pekerja mesti mengikuti perkembangan keselamatan terkini dan mengikuti prosedur keselamatan juga.



"Sesiapa yang menemui sebarang amalan tempat kerja yang tidak selamat harus melaporkannya kepada MOM. Keselamatan mesti menjadi keutamaan semua orang setiap hari," kata beliau dalam satu catatan Facebook MOM semalam.



Beberapa gambar keadaan tidak selamat yang ditemui di dua syarikat itu turut disertakan dengan catatan Facebook itu.



Antaranya, satu gambar yang diambil di Soon Bee Huat Trading menunjukkan seorang pekerja yang tidak mempunyai kebenaran mengendalikan forklift. Dia juga dilihat tidak menggunakan tali pinggang keledar mahupun kasut keselamatan semasa operasi forklift itu.



MOM berkata hanya individu yang mempunyai latihan dan lesen yang diperlukan boleh mengendalikan forklift. Pengendalinya juga harus menyertai latihan ulang kaji setiap tiga tahun untuk mengikuti keperluan keselamatan dan pengetahuan operasi.



Satu lagi gambar di syarikat yang sama menunjukkan barangan yang disimpan dalam rak-rak simpanan buatan sendiri yang telah melebihi kapasiti muatan, dengan rak-rak tersebut sudah berkarat dan dalam keadaan buruk.



Sementara itu, salah satu gambar yang diambil di DA Engineering pula menunjukkan rantai berputar mesin penghancur tidak dilindungi, yang mendedahkan pekerja kepada bahaya seperti situasi di mana mereka boleh mengalami luka atau remuk dan terjerat oleh mesin itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >