Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua hakim Mahkamah Tinggi baru dilantik

Jan 12, 2017 | 02:18 PM



PESURUHJAYA Kehakiman See Kee Oon dan Chua Lee Ming dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi berkuatkuasa 31 Jan



Majlis angkat sumpah dijadual berlangsung pada 1 Feb di Istana.



Mereka dilantik oleh Presiden Dr Tony Tan Keng Yam atas nasihat Perdana Menteri Lee Hsien Loong, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Khamis (12 Jan).



Dengan pelantikan itu, Mahkamah Agung akan mempunyai 16 hakim, termasuk empat Hakim Rayuan dan Hakim Besar, bersama sembilan Pesuruhjaya Kehakiman, lima Hakim Kanan dan 12 Hakim Antarabangsa.



Hakim See dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman pada 14 April 2014 selama tiga tahun.



Selepas pengalaman kehakiman lebih dua dekad, beliau sebelum itu dilantik pada 1 Oktober 2013 sebagai Hakim Daerah Besar di Mahkamah Rendah ketika itu, kini dikenali sebagai Hakim Pengerusi Mahkamah Negara. Beliau masih memegang pelantikan ini.



Ketika masih menjadi pesuruhjaya kehakiman, beliau menguruskan juga Mahkamah Negara di samping melakukan kerja penghukuman, termasuk bagi perbicaraan Gereja City Harvest.



Beliau mempengerusikan pelbagai jawatankuasa, misal Jawatankuasa Probesen, Pusat Keadilan Masyarakat dan Jawatankuasa Pemandu Bantuan Guaman Jenayah.



Hakim See juga merupakan Timbalan Presiden Mahkamah Timbang Tara Perusahaan, ahli Jawatankuasa Peraturan Mahkamah dan Majlis Hukuman, serta ahli Lembaga Pengarah Maktab Kehakiman Singapura dan Pusat Pengantaraan Singapura.



Beliau sebahagian daripada Panel Penasihat Rayuan MAS, Mahkamah Rayuan Tentera, dan pelbagai jawatankuasa di Akademi Undang-Undang Singapura.



Hakim Chua pula menyertai perkhidmatan undang-undang pada 1984, dan dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 1 Feb 2015, selama dua tahun.



Beliau bermula sebagai Timbalan Pendaftar, Majistret dan Koroner di Mahkamah Rendah ketika itu, dan berkhidmat di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Agung selama tiga tahun sebelum menjadi Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.



Pada 1991, Hakim Chua menjadi rakan kongsi firma guaman Lee & Lee. Beliau menyertai GIC Pte Ltd pada 1998, di mana beliau menjadi Ketua Peguam sebelum menjadi Hakim.



Beliau memberi sumbangan besar dalam bidang undang-undang syarikat. Hakim Chua merupakan ahli Suruhanjaya Keadilan Awam, Jawatankuasa Pemandu Keadilan Awam, Lembaga Penasihat Sekolah Undang-Undang Universiti Pengurusan Singapura, dan Jawatankuasa Pengurusan Lawnet Akademi Undang-Undang Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >