AKHBAR Berita Harian (BH) akan menganjurkan satu lagi forum kesihatan bulan ini bagi meningkatkan kesedaran di kalangan anggota masyarakat tentang dua jenis barah yang paling kerap dihidapi lelaki dan wanita Melayu di Singapura.
Forum setengah hari itu akan membincangkan tentang barah usus besar dan buah dada, siapa berisiko menghidapinya dan bagaimana mengesan simptom-simptomnya.